Yayasan Warisan Melayu pelawa belia saran idea pupuk perpaduan sosial menerusi hasil seni dan kreatif
Yayasan Warisan Melayu (MHF) mempelawa para belia untuk menyarankan idea menarik mengenai cara memupuk perpaduan sosial menerusi pelbagai wadah kreatif.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Warisan Melayu (MHF) mempelawa para belia untuk menyarankan idea menarik mengenai cara memupuk perpaduan sosial menerusi pelbagai wadah kreatif.
Ia adalah projek baru yang dilancarkan di bawah siri forum Sembang Ilmu pada Sabtu (18 Jun).
Matlamatnya, untuk melibatkan belia dalam isu-isu berkaitan warisan, budaya dan seni Melayu.
Semasa menyampaikan ucapan di acara pelancaran di Chamber, The Arts House, tetamu kehormat Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong berkata seni boleh dijadikan sebagai perantara dalam sebuah dunia yang berpecah-belah.
Dalam hal ini, beliau menarik perhatian bagaimana kaum dan agama boleh dipergunakan untuk meluaskan jurang tersebut.
Lantaran itu, MHF ingin mempelawa para belia untuk menyumbang idea kreatif bagi mengukuhkan perpaduan sosial.
"Bagaimana golongan muda bergaul, berbincang dan berkawan juga sudah berubah. Merekalah yang nanti akan mencorak bagaimana Singapura pada masa akan datang. Jadi tepat bagi kita juga untuk mendengar dari mereka sendiri bagaimana mereka mahu mencorak Singapura akan datang tersebut," jelas Pengurus Besar MHF, Cik Julina Khusaini.
Para belia boleh menyampaikan idea mereka menerusi video, instalasi, lukisan dan bermacam lagi cabang seni dan kreatif.
Dengan tema 'Singapura Berbilang Budaya - Melampaui CMIO' para belia diajak mengetengahkan idea yang tidak terbatas kepada model berdasarkan kaum Cina, Melayu, India dan Lain-lain.
Seorang peserta Sembang Ilmu, Muhammad Nabil Naqiuddin dari Institusi Raffles mengalu-alukan inisiatif tersebut.
"Ia dapat mengurangkan perbezaan antara kita semua dan ia dapat menggalak perpaduan antara kesemua kaum di Singapura. Dan apabila kita terlalu tertumpu kepada perbezaan yang kita ada ia boleh membawa kepada persoalan-persoalan yang dapat memecah-belahkan masyarakat".
Di acara siang tadi, empat ilmuwan dan pengamal seni dari berbilang kaum turut berkongsi buah fikiran mereka tentang pelbagai topik mengenai seni dan warisan.
Salah seorang daripadanya ialah Dr Amin Farid, seorang pengamal dan penyelidik seni yang menekankan pentingnya untuk menghayati sejarah dalam kesenian.
"Supaya kita kenal jati diri kita siapa dan bagaimana kita telah menjadi warga negara Singapura hari ini. Dan dari itu saya benar-benar mengharapkan para belia akan terus menjadi wadah atau platform di mana mereka boleh berjuang tidak kira dalam seni saja tetapi dalam apa juga yang mereka minat," ujar Dr Amin.
Projek baru di bawah Sembang Ilmu dibuka kepada para belia dalam kumpulan lima hingga sepuluh orang berusia antara 15 dengan 35 tahun.
Tarikh penyertaan adalah dari 18 Jun hingga 19 Ogos 2022 dan borang pendaftarannya boleh didapati di laman MHF.
Dua idea atau saranan paling menarik, inovatif dan bermakna akan diberi hadiah wang berjumlah S$2,500 dan berpeluang menjadikan imaginasi mereka satu realiti.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.