Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Warisan Melayu lancar Siri Cendekiawan Lestari, tampil pemikiran tokoh masyarakat

Satu daya usaha baru yang membentangkan sudut pandangan tokoh pemikir masyarakat Melayu Singapura bakal dilancarkan, menurut Yayasan Warisan Melayu (MHF) dalam satu kenyataan media pada Isnin (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Warisan Melayu lancar Siri Cendekiawan Lestari, tampil pemikiran tokoh masyarakat

(Gambar: Facebook/WarisanSG)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 10:09PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 10:17PM

SINGAPURA: Satu daya usaha baru yang membentangkan sudut pandangan tokoh pemikir masyarakat Melayu Singapura bakal dilancarkan, menurut Yayasan Warisan Melayu (MHF) dalam satu kenyataan media pada Isnin (26 Okt).

Inisiatif dipanggil Siri Cendekiawan Lestari (CLS), mengetengahkan enam ceramah mulai hujung bulan ini hingga Oktober 2021. Ia menampilkan penceramah seperti Profesor Syed Farid Alatas, Profesor Madya Hadijah Rahmat, mantan Mufti Negara Dr Muhammad Fatris Bakaram, Prof Madya Noor Aisha dan Dr Aidil Subhan.

MHF menarik perhatian bahawa masyarakat Melayu Singapura mempunyai ramai golongan cendekiawan yang kaya dengan ilmu dalam pelbagai bidang. Namun, menurut MHF, usaha untuk mengkaji dan merakam usaha mereka amat kekurangan setakat ini.

Ia menambah bahawa mereka muncul dari sekitaran unik di Singapura dengan orang Melayu merupakan masyarakat minoriti yang bersaing di bawah satu sistem meritokrasi.

"Mereka membangunkan kepakaran mereka sendiri, kaya dengan pengalaman dan pandangan yang berguna sebagai rujukan untuk generasi sekarang dan masa depan," kata MHF lagi.

Lantaran itu, CLS bermatlamat untuk merapatkan jurang pengetahuan "demi membangunkan kepimpinan pemikiran serta membimbing bakat-bakat masa depan dan pejuang budaya dan warisan kita".

Ceramah pertama yang dianjurkan bersama Yayasan MENDAKI bersempena kempen Raikan Ilmu, akan diadakan pada 30 Oktober, 7.30 malam.

Ceramah bertajuk "Melayu dalam Imaginasi Kebangsaan: Cabaran Kami bagi Identiti Kami", itu akan disampaikan mantan Anggota Parlimen Dr Yaacob Ibrahim.

Ia boleh diikuti secara langsung menerusi wadah Facebook Warisan SG. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan