Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Temasek lancar dana endowmen S$100 juta tingkat jagaan kesihatan ibu dan anak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu dana endowmen baru bernilai S$100 juta yang bertujuan meningkatkan penjagaan kesihatan ibu dan anak di Singapura dilancarkan oleh Yayasan Temasek pada Isnin (5 Jun).

Dana itu akan menyokong program-program penjagaan sebelum dan selepas bersalin, serta inisiatif yang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak, kata Yayasan Temasek dalam satu kenyataan media.

Dana endowmen itu dinamakan bersempena mantan Pengerusi Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan ketua hakim daerah Richard Magnus. Beliau meninggal dunia pada Mac tahun lalu.

Encik Magnus juga merupakan pengerusi pengasas Temasek Cares (kini Yayasan Temasek Cares) dan mantan Timbalan Pengerusi Yayasan Temasek.

Di bawah kepimpinan beliau, Yayasan Temasek telah menyokong program-program bagi model jagaan baru yang dilaksanakan pemerintah atau sektor-sektor berkaitan.

Ini termasuk model rintis oleh Yayasan Temasek, Hospital Wanita dan Kanak-kanak KKH serta Poliklinik SingHealth di Punggol yang menyepadukan jagaan dalam masyarakat bagi ibu dan anak-anak mereka dalam bidang seperti pemakanan, pembangunan dan keibubapaan.

Hab Kesejahteraan Ibu dan Anak Bersepadu di Poliklinik Punggol yang dilancarkan pada 2019 telah menjalankan lebih 14,000 pemeriksaan percuma seperti pembangunan kanak-kanak dan kesihatan emosi ibu semasa program itu dirintis selama dua tahun.

Ia bakal diluaskan ke tiga lagi poliklinik SingHealth di Bedok, Tampines dan Sengkang.

Model jagaan itu juga sedang disertakan dalam satu program sokongan keluarga bersepadu yang sedang dirintis, iaitu Family Nexus, yang akan diterajui bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Diumumkan pada Mac tahun lalu, program itu membolehkan keluarga-keluarga mengakses perbagai khidmat menerusi sebuah pangkalan sehenti, sekali gus mengurangkan keperluan untuk mengunjungi beberapa tempat untuk lain-lain khidmat.

Family Nexus sedang dirintis di empat kawasan di Choa Chu Kang, Sembawang, Punggol dan Tampines.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan