Yayasan Temasek akan agih 100,000 botol pil Vitamin D
Yayasan Temasek akan menyediakan lebih 100,000 botol pil Vitamin D kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan golongan ibu hamil yang dinilai sesuai mengambil makanan tambahan atau suplemen, menurutnya pada Jumaat (12 Mac).

(Gambar: Yayasan Temasek)
SINGAPURA: Yayasan Temasek akan menyediakan lebih 100,000 botol pil Vitamin D kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan golongan ibu hamil yang dinilai sesuai mengambil makanan tambahan atau suplemen, menurutnya pada Jumaat (12 Mac).
Dari 15 Mac hingga 28 Mac, para penduduk Singapura yang memiliki kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) berwarna biru atau oren dan para penerima Bantuan Awam akan layak mendapat sebotol suplemen Vitamin D di farmasi-farmasi Guardian, Unity dan Watsons, menurut Yayasan Temasek dalam satu kenyataan media.
Para pemegang kad CHAS berwarna biru dan oren dan penerima Bantuan Awam boleh menunjukkan kad CHAS atau kad Bantuan Awam mereka kepada ahli farmasi untuk mendapatkan suplemen mereka. Ia mesti diambil sendiri selagi stok masih ada.
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) juga akan menyediakan suplemen itu kepada sekitar 5,000 wanita hamil yang sedang menerima jagaan sebelum bersalin, menurut Yayasan Temasek.
Sementara itu, SATACommHealth akan menyediakan suplemen kepada sekitar 1,500 warga emas yang lemah menerusi program Doctor-On-Wheels, Khidmat Jagaan Rumah dan Pemulihan, hab masyarakat di Fernvale dan enam pusat perubatan di merata Singapura.
"Program ini adalah inisiatif terbaru Stay Prepared COVID-19 oleh Yayasan Temasek bertujuan untuk mempertingkatkan daya tahan dan menyokong masyarakat tempatan dan antarabangsa semasa pandemik ini," menurut pertubuhan itu.
Satu kempen pendidikan awam untuk meningkatkan kesederan mengenai kepentingan mendapatkan Vitamin D yang mencukupi juga akan dilancarkan, menurut Yayasan Temasek.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.