Skip to main content

Singapura

Yayasan Penyelidikan Nasional akan terus perkukuh kerjasama antara SG dengan masyarakat saintifik global

Jumlah rekod lebih 400 penyelidik muda dari 57 negara, berkumpul di Singapura bagi Sidang Puncak Saintis Muda Global.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jan 2026 07:49PM Dikemas Kini : 23 Jan 2026 09:45PM
SINGAPURA: Jumlah rekod lebih 400 penyelidik muda dari 57 negara, berkumpul di Singapura bagi Sidang Puncak Saintis Muda Global.

Acara itu memberi peluang kepada saintis muda untuk berinteraksi dengan lebih 20 tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing, yang termasuk beberapa penerima Hadiah Nobel.

Mereka akan memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman dengan penyelidik muda sepanjang lima hari sehingga Jumaat (9 Jan).

Saintis Kanan A*STAR, Dr Li Bofan berkata: "Mempelajari tentang kajian mereka merupakan satu aspek. Satu lagi aspek penting ialah mempelajari semangat mereka dalam melakukan kajian.

"Saya tahu ada antara mereka yang mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Jadi, mengetahui kisah mereka juga amat memberi inspirasi."

Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) Heng Swee Keat menekankan, acara sedemikian penting bagi menghimpunkan bakat daripada pelbagai bidang untuk menangani cabaran bersama.

"NRF akan terus memperkukuh portfolio geran penyelidikan, program zamil dan skim penyelidik kami bagi memupuk penyelidik tempatan yang cemerlang dan berpotensi, serta menarik bakat dalam bidang penyelidikan bertaraf tinggi dan yang baharu dari seluruh dunia.

"Kami juga akan terus membina hubungan baharu dan memperdalam kerjasama sedia ada antara para penyelidik di Singapura dengan masyarakat saintifik global.

"Kami sudah membina kerjasama penyelidikan yang berkesan di seluruh dunia dan berharap dapat terus mengembangkannya," Encik Heng.
Sumber : CNA/NY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita