Yayasan MENDAKI mansuhkan yuran pendaftaran $10 bagi program tuisyennya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan MENDAKI memansuhkan yuran pendaftaran S$10 Program Tuisyen (MTP) kendaliannya untuk pelajar yang mendaftar bagi Tahun Akademik 2026 dan selanjutnya.
Ini bermakna, semua pelajar dari Darjah 1 hingga Menengah 5 boleh mengikuti kelas tuisyen MENDAKI tanpa sebarang bayaran. Baju mahupun bahan pembelajaran akan tetap disediakan.
Perkara ini diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif, Feroz Akber pada Isnin (3 Nov) yang baru menggalas jawatan tersebut sejak Sabtu (1 Nov).
Pelajar MTP sedia ada akan menerima kiriman SMS pada bulan ini untuk mendaftar bagi tahun akademik baharu.
Pendaftaran bagi pelajar baharu pula akan dibuka pada 1 Disember 2025.
"Kami faham kos yang kecil tetap boleh menjadi beban kepada sesetengah keluarga. Walaupun ada bantuan kewangan, ada keluarga yang mungkin tidak menyedarinya atau berasa segan untuk memohon bantuan," ulas Encik Feroz.
"Dengan langkah ini, kami berharap dapat memudahkan proses pendaftaran dan menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menyertai program kami, agar setiap anak Melayu/Islam kita berpeluang mendapat sokongan akademik yang berkualiti," tambahnya.
Terakhir kali MENDAKI mengurangkan yuran pendaftarannya adalah pada 2022 iaitu daripada $210 kepada $10.
PEMANSUHAN YURAN DISAMBUT BAIK
Sekalipun yuran pendaftaran MTP sebelum ini S$10, suri rumah Cik Norliza Md Yusop memberitahu BERITA Mediacorp beliau tetap mengalu-alukan pengumuman ia dimansuhkan.

Ibu empat anak berusia 43 tahun ini telah mendaftarkan semua anaknya dalam kelas tuisyen MENDAKI sejak 2013.
Beliau merancang untuk memastikan dua anaknya yang masih bersekolah terus mengikuti Program Tuisyen MENDAKI. Lagi dua orang anaknya sudah menuntut di peringkat posmenengah.
"Pada diri saya $10 itu tidak besar, tidak kecil tetapi saya kini boleh membelikan alat tulis untuk anak-anak saya," kongsi Cik Norliza.
Beliau turut berkongsi bahawa MTP telah banyak membantu meringankan beban kewangan keluarganya, memandangkan suaminya merupakan pencari nafkah tunggal.
"Terus terang, memang saya pada ketika itu tidak mampu untuk memberikan anak saya tuisyen privet. Jadi alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja," ujarnya.
Pada 2025, lebih 9,700 pelajar mengikuti MTP yang dikendalikan di 100 pusat fizikal dan maya serata Singapura.
Jumlah tersebut meningkat sebanyak 35 peratus dalam tempoh lima tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.