Skip to main content

Singapura

Yayasan Masyarakat PAP perkenal 3 sumber baharu; bantu guru sokong kanak-kanak kepelbagaian neuro

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Mar 2025 06:48PM Dikemas Kini : 21 Mar 2025 09:31PM
SINGAPURA: Tiga sumber baharu akan diperkenalkan bagi membantu para guru pendidikan awal untuk memberi sokongan lebih baik kepada kanak-kanak dengan kepelbagaian neuro.

Ia termasuk panduan sokongan inklusif dan video latihan yang direka untuk menangani jurang dalam sumber-sumber yang ada.

Pengerusi Majlis Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Josephine Teo berkata yayasan itu akan terus berkolaborasi dengan prasekolah untuk memperkasa kepelbagaian neuro menerusi pendidikan inklusif.

Mengulas lanjut, Cik Teo berkata: "PCF Sparkletots sentiasa dapat menarik satu kumpulan besar pendidik yang bersemangat dan berdedikasi serta amat komited untuk memberi kesan yang bermakna kepada kehidupan kanak-kanak.

"Kami juga sentiasa percaya bahawa semangat itu, disokong oleh sikap profesionalisme, menjadikan guru-guru kami lebih berkesan. Para pendidik kita mesti diperkasakan dengan alat yang betul, pengetahuan dan keyakinan agar mereka dapat menyokong setiap kanak-kanak dengan lebih baik," tambah Cik Teo.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital itu berkata demikian di Persidangan Inklusif 2025, yang meraikan 15 tahun pendidikan inklusif bagi kanak-kanak kepelbagaian neuro.

Diadakan di Pusat Kebudayaan Republik, persidangan tersebut memberi tumpuan kepada penerimaan kepelbagaian neuro dalam bidang pendidikan awal.

Acara itu menghimpunkan golongan pendidik, ibu bapa dan para pakar yang berkongsi strategi serta wawasan dalam menyokong kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran yang pelbagai.

Sementara itu, beberapa inisiatif baharu turut diperkenalkan di 350 pusat pada Jumaat (21 Mac).

Ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelajar.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan tiga tahun Yayasan PCF demi memastikan para pendidiknya dilengkapi dengan semua yang diperlukan bagi menyokong golongan kanak-kanak sedemikian.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita