Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Masyarakat PAP hulur derma S$7 juta bantu keluarga memerlukan; sumbangan terbesar sejak 2018

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jul 2024 07:56PM Dikemas Kini : 26 Jul 2024 10:23PM
SINGAPURA: Yayasan Masyarakat PAP (PCF) bakal menghulurkan derma sebesar S$7 juta bagi membantu keluarga-keluarga yang memerlukan.

Jumlah itu merupakan yang terbesar pernah diikrarkannya sejak 2018, dan akan mendanai pelbagai program bagi tempoh empat tahun akan datang.

Antaranya, bagi menyokong golongan warga emas serta kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Kami tahu ibu bapa perlu bantuan untuk imbangi kerja dan keluarga. Mereka ingin bantu anak-anak mereka belajar dan membesar, walaupun perlu menghabiskan sumber mereka sendiri," jelas Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Te, yang juga merupakan Pengerusi, Majlis Pengurusan, PCF.

"Kami juga melihat warga emas yang inginkan pendamping dan penglibatan bermakna di penghujung usia mereka. Anak-anak mereka juga sedar, tetapi mungkin perlukan sokongan untuk membawa keceriaan kepada ibu bapa mereka," tambahnya.

Secara keseluruhan, sehingga 20,000 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah juga bakal meraih manfaat setiap tahun.

Ini termasuk 5,000 kanak-kanak di peringkat prasekolah, yang akan menerima sokongan kewangan sekali sahaja sebanyak $150.

PCF juga akan menciptakan 50,000 peluang baharu untuk kerja sukarela bagi semua kakitangannya dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Sumber : CNA/QA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan