Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yayasan Masyarakat PAP derma $200,000 kepada badan amal wanita

Yayasan Masyarakat Parti Tindakan Rakyat (PAP) menderma S$200,000 kepada badan-badan amal berkaitan wanita sebagai sebahagian daripada Penghormatan 200 Tahun Singapura kepada ibu-ibu, dalam satu acara hari ini (11 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 May 2019 10:47PM Dikemas Kini : 11 May 2019 10:53PM

SINGAPURA: Yayasan Masyarakat Parti Tindakan Rakyat (PAP) menderma S$200,000 kepada badan-badan amal berkaitan wanita sebagai sebahagian daripada Penghormatan 200 Tahun Singapura kepada ibu-ibu, dalam satu acara hari ini (11 Mei).

Di acara yang sama, Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP turut memperkenalkan bunga orkid kacukan sebagai penghargaan kepada semua ibu di negara ini.

10 badan amal yang memberi tumpuan terhadap wanita di negara ini menerima dana S$20,000 setiap satu dari Yayasan Masyarakat PAP.

Antara penerimanya termasuklah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS),Yayasan Barah Payu Dara, Daughters of Tomorrow dan Family Life Society.

Badan-badan amal itu dipilih berdasarkan kerja-kerja masyarakat yang dilakukan.

Misalnya, Yayasan Barah Payu Dara menganjurkan kumpulan sokongan bulanan sementara Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) menolong para pembantu rumah asing memahami hak mereka.

Dalam pada itu, semua ibu warga Singapura kini mempunyai Orkid yang dinamakan sempena mereka.

Orkid "Aranda Mothers of Singapore" itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Lebih 600 aktivis dan tetamu, termasuk lebih 20 Anggota Parlimen wanita menyerikan acara ini yang memberi penghargaan kepada ibu-ibu di Singapura.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan