Yayasan Masyarakat PAP akan tambah lagi 12 pusat jagaan warga emas jelang 2027
Anggaran Waktu Membaca:
- Yayasan Masyarakat PAP (PCF) bakal menggandakan bilangan pusat jagaan warga emas di merata Singapura menjelang 2027.
- Sekurang-kurangnya 12 pusat lagi akan dibuka, selain 13 pusat 'Sparkle Care' sedia ada, untuk sokong penuaan yang lebih baik bersama masyarakat.
- Apabila siap kelak, ia dapat menampung 85 warga emas, berbanding 45 sekarang.
- Pusat jagaan warga emas PCF memberikan perkhidmatan kepada lebih 10,000 warga emas di merata Singapura.
SINGAPURA: Yayasan Masyarakat PAP (PCF) bakal menggandakan bilangan pusat jagaan warga emas di merata Singapura menjelang 2027.
Sekurang-kurangnya 12 pusat lagi akan dibuka, selain 13 pusat 'Sparkle Care' sedia ada, untuk sokong penuaan yang lebih baik bersama masyarakat.
Untuk warga emas di kawasan Kreta Ayer, kapasiti pusat mereka akan diperluaskan dua kali ganda menjelang Oktober tahun ini.
Sejak dibuka lebih enam tahun lalu, sekitar 900 warga emas telah pun meraih manfaat daripada program-program pusat Sparkle Care di Kreta Ayer itu.
Ada juga senarai menunggu untuk khidmat jagaan demensia hariannya.
Ini memandangkan jumlah penduduk warga emas yang ramai di kawasan tersebut.
Perdana Menteri Lawrence Wong dan Pengerusi Majlis PCF Josephine Teo yang juga Anggota Parlimen kawasan itu, turut hadir untuk meraikan rancangan peluasan tersebut.
Apabila siap kelak, ia dapat menampung 85 warga emas, berbanding 45 sekarang.
Terdapat juga rancangan untuk menawarkan pelan jagaan yang disesuaikan untuk setiap warga emas dan kegiatan inovatif antara golongan berbilang generasi.
Lantaran itu, ia akan terus merekrut dan melatih tenaga kerjanya termasuk para jururawat dan ahli terapi.
Pusat jagaan warga emas PCF memberikan perkhidmatan kepada lebih 10,000 warga emas di merata Singapura.
Cik Teo berkata: "Sejauh ini, ia berjalan dengan baik, tetapi dari semasa ke semasa, kami temui warga emas yang belum selesa.
"Kami perlu terus giatkan usaha ini, memperluaskan rangkaian program yang mungkin menarik minat mereka,serta galakkan mereka untuk keluar dari rumah supaya dapat menjadi sebahagian daripada program-program penuaan aktif ini."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.