Yayasan Jantung SG sasar latih 1 juta penyelamat utama dalam kalangan masyarakat dalam 5 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Penyelamat utama masyarakat menunjukkan cara melakukan CPFR pada patung.
SINGAPURA: Dalam usaha menyelamatkan nyawa, setiap saat sangat berharga.
Bagi kes jantung terhenti, peluang untuk hidup akan turun sebanyak 10 peratus bagi setiap minit mangsa tidak menerima bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurut Yayasan Jantung Singapura (SHF), hampir 80 peratus kes jantung terhenti berlaku di rumah atau di tempat awam. Bilangan kes jantung terhenti di luar hospital ini semakin meningkat, mencatat rekod sebanyak 4,058 kes pada tahun 2022, iaitu naik 12 peratus dari tahun sebelumnya, menurut data terbaharu daripada agensi perkhidmatan sosial tersebut.
Memandangkan kes-kes ini dijangka akan terus meningkat, yayasan tersebut menyasarkan untuk melatih 1 juta penyelamat pertama dalam masyarakat dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Jika kita melatih satu juta orang, ini bermakna hampir setiap isi rumah atau setiap dua isi rumah akan mempunyai seorang yang terlatih dalam CPR," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SHF, Geoffrey Ong.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 270,000 penyelamat pertama terlatih dalam kalangan masyarakat yang berdaftar di aplikasi myResponder, sebuah aplikasi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang memaklumkan kepada orang awam tentang kecemasan kebakaran dan perubatan yang berlaku berhampiran.
Untuk mencapai sasaran ini, SHF merancang untuk melatih 170,000 pelajar di institusi pengajian tinggi, dan sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk melatih lagi 300,000 belia dengan kemahiran CPR dalam tempoh lima tahun tersebut.
Setakat tahun ini, yayasan tersebut sudah melatih kira-kira 4,500 orang dan berharap dapat menggandakan jumlah itu kepada 10,000 menjelang penghujung tahun 2026. Pada bulan Oktober nanti, ia akan mengadakan acara latihan CPR beramai-ramai secara percuma diberi nama Project Heart, dengan sasaran untuk melatih 1,000 orang dalam masa satu hari sahaja.
Pertubuhan itu juga merancang untuk bekerjasama dengan penyedia latihan kemahiran bagi menjalankan program latihan untuk orang awam, serta dengan syarikat-syarikat korporat untuk melatih lebih ramai pekerja di tempat kerja.
Selain itu, ia juga sedang menambah bilangan tenaga pengajar dengan melatih bakal karyawan jagaan kesihatan, termasuk penuntut paramedik dan kejururawatan yang sudah pun mempunyai sijil dalam kemahiran CPR dan defibrilator luaran automatik (AED).
JADI YANG PERTAMA BERTINDAK
Antara penyelamat pertama dalam masyarakat yang paling aktif ialah Joshua Hiew yang berusia 15 tahun. Dia mempelajari kemahiran CPR dan AED pada tahun 2024, dan sejak itu bertindak membantu lebih 50 kes kecemasan jantung melalui aplikasi myResponder.
"Saya mempunyai sebuah basikal yang saya gunakan apabila pergi ke tempat kecemasan jantung. Ia dilengkapi dengan alat menyelamat nyawa dan lampu amaran untuk memberitahu para pejalan kaki supaya memberi laluan," katanya.

Mengimbas kembali satu kes serangan jantung yang berlaku baru-baru ini, Joshua berkata dia terpaksa mengetepikan rasa gementarnya untuk fokus membantu mangsa.
"Saya rasa gementar, tetapi saya mesti kekal tenang. Saya cuba buat yang terbaik dan kami memberikan mangsa peluang setinggi mungkin untuk terus hidup," katanya kepada Mediacorp. "Jika tiada sesiapa yang bertindak, orang itu akan meninggal dunia."
Atas usaha murninya itu, Joshua dianugerahi tiga anugerah SCDF pada tahun 2025 dan 2026.
Sumbangannya mencerminkan perubahan yang lebih besar dalam landskap tindak balas kecemasan di Singapura. Sepanjang dekad yang lalu, kadar orang awam yang melakukan CPR sudah meningkat dengan mendadak, daripada 22 peratus pada tahun 2011 kepada 62 peratus pada tahun 2022.
Usaha mendampingi masyarakat juga sudah berkembang pesat, di mana bilangan penyelamat ini meningkat lebih lapan kali ganda, daripada 302 orang pada tahun 2011 kepada lebih 2,515 orang pada tahun 2022.
Data ini dikongsikan semasa acara menyelamatkan nyawa yang diadakan pada hujung minggu lalu.
Ia bertujuan untuk menggalakkan golongan belia mempelajari kemahiran CPR dan AED.
SHF SERU LEBIH BANYAK PENGGUNAAN AED
Walaupun terdapat peningkatan yang menggalakkan dalam bilangan penyelamat pertama masyarakat, hanya sekitar 14 peratus daripada semua kes pada tahun 2022 menggunakan AED - sejenis peranti penyelamat nyawa mudah alih yang memberikan kejutan elektrik terkawal untuk merawat pesakit serangan jantung.
"Ramai orang awam tidak yakin untuk menggunakan AED. Mereka juga takut tersalah langkah kerana bimbang tindakan mereka mungkin akan membahayakan lagi pesakit," kata Encik Ong.
"Tetapi sebenarnya, peranti AED sekarang sudah sangat canggih. Apabila anda menghidupkannya, ia akan memberikan arahan berpandu."
Bagaimanapun, beliau menarik perhatian bahawa terdapat juga kekurangan kesedaran tentang di mana AED ini diletakkan.
Pada masa ini, terdapat lebih 10,000 AED yang boleh diakses oleh orang ramai di blok-blok HDB, stesen MRT, pusat pertukaran bas, dan kemudahan masyarakat. Orang awam boleh menggunakan aplikasi mudah alih myResponder untuk mencari AED terdekat yang ada dalam jarak 400 meter dari lokasi mereka.
JADIKAN AED LEBIH RINGAN DAN MUDAH DIBAWA
Para penyelidik kini sedang mengkaji generasi seterusnya bagi AED mudah alih dalam usaha menjadikan peralatan menyelamatkan nyawa ini lebih mudah didapatkan.
"Peranti ini hanya seberat 700 gram dan boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam kereta atau basikal anda, malah anda boleh membawanya ke sekolah atau tempat kerja. Caranya berfungsi sama sahaja seperti AED tradisional," kata Profesor Marcus Ong, Pengarah Pusat Penyelidikan Pra-Hospital dan Kecemasan di Sekolah Perubatan Duke-NUS.
Profesor Ong mengetuai penyelidikan tentang kebolehlaksanaanorang awam menggunakan AED mudah alih ini. Beliau memberi contoh tentang kemungkinan untuk membawanya semasa keluar bersama keluarga atau aktiviti syarikat - sama seperti peti pertolongan kecemasan.
"Matlamat projek ini adalah untuk melihat sejauh mana penerimaan warga aktif kita dari segi keupayaan menggunakan peranti ini (dan jika) terdapat sebarang halangan," katanya.
Tidak seperti AED profesional yang digunakan oleh doktor di hospital, AED mudah alih ini direka khas untuk orang awam.
"Terdapat sebuah komputer kecil di dalamnya yang akan menganalisis rentak jantung dan menasihati anda sama ada perlu memberikan kejutan elektrik atau tidak. Dalam erti kata lain, keputusan untuk memberikan kejutan itu dibuat oleh komputer," jelas Profesor Ong.
Kajian ini menyasarkan untuk membekalkan 1,000 sukarelawan dengan peranti mudah alih tersebut, dengan rancangan untuk menjadikannya lebih mudah didapatkan secara meluas pada masa hadapan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.