Skip to main content

Singapura

Yayasan DBS, SG Enable lancar inisiatif bantu golongan kurang upaya & pengasuh raih kemahiran kewangan, digital

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan kurang upaya boleh belajar mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik di bawah program baharu anjuran Yayasan DBS dan SG Enable.

Ini memandangkan sekitar 80 peratus golongan tersebut akur, kemahiran yang penting untuk kehidupan seharian ini tidak disediakan di bawah program latihan sedia ada.

Inisiatif terbaharu tersebut dilancarkan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Mulai tahun depan, golongan kurang upaya dan pengasuh mereka boleh meraih kemahiran daripada lebih 30 modul yang disediakan - termasuk mengatur perbelanjaan, skim insurans, keselamatan siber dan kesedaran mengenai penipuan online.

Bantuan yang disediakan merangkumi golongan kurang upaya yang berbeza-beza, daripada autisme kepada mereka yang mengalami kecacatan fizikal dan deria.

Matlamatnya adalah untuk membantu mereka hidup lebih berdikari, serta mampu mengakses lebih banyak peluang sosial dan ekonomi.

Yayasan DBS akan menyumbang $1 juta bagi menyokong sekitar 6,500 orang kurang upaya dan pengasuh mereka untuk tempoh tiga tahun.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita