Yayasan DBS lancar anugerah S$1j bagi huraian inovatif buat masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Huraian inovatif yang memberi maslahat kepada masyarakat.
Inilah yang dicari Yayasan DBS menerusi inisiatif anugerahnya yang baharu.
Bank itu akan menyediakan sehingga S$1 juta kepada setiap tiga syarikat pemenang dalam pusingan sulung anugerah tersebut.
Sebagai permulaan, ia mencari idea-idea yang menangani isu berkaitan penuaan.
Ini mungkin termasuk huraian yang meningkatkan mutu kehidupan warga emas, mengubah penjagaan kesihatan mereka dan menjaga kesihatan mental mereka.
Huraian yang diusulkan juga mungkin boleh memupuk sebuah masyarakat lebih inklusif atau meningkatkan daya tahan kewangan warga emas.
Syarikat-syarikat yang bernas ideanya akan menerima sokongan kewangan untuk memperluaskan usahanya.
Selain itu, ia juga akan mendapat bimbingan daripada para pemimpin perniagaan DBS.
"Kami juga mahu mengubah naratif berhubung penuaan. Penduduk lebih berumur sebenarnya bukanlah satu tanggungan. Mereka sebenarnya boleh melakukan pekerjaan mikro. Mereka sebenarnya boleh membantu malah dalam keperluan penjagaan dengan keluarga silang generasi dan tenaga kerja. Namun, kita hanya perlu mengubah pemikiran kita mengenainya," jelas Ketua Yayasan DBS.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee juga berkata syarikat-syarikat berada dalam kedudukan yang unik untuk memastikan kesan terhadap masyarakat boleh berkekalan.
Beliau menukil ComLink+ sebagai satu contoh bagaimana kerjasama terjalin antara pelbagai pihak berkepentingan demi menyokong keluarga-keluarga.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.