Skip to main content

Singapura

Yayasan Barah Kanak-Kanak buka pejabat masyarakat baru di Geylang Bahru

Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF) meraikan ulang tahun ke-30 dengan membuka sebuah pejabat masyarakat baru di Geylang Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Barah Kanak-Kanak buka pejabat masyarakat baru di Geylang Bahru

Presiden Halimah Yacob meninjau-ninjau kemudahan di pejabat masyarakat baru Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF) di Geylang Bahru pada 9 September 2022.

SINGAPURA: Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF) meraikan ulang tahun ke-30 dengan membuka sebuah pejabat masyarakat baru di Geylang Bahru.

Ini membolehkan pesakit barah kanak-kanak mempunyai akses kepada kemudahan seperti seni dan bilik terapi.

Sebuah pusat pembelajaran juga diadakan untuk membantu sebilangan kanak-kanak kembali ke alam persekolahan selepas rawatan.

CCF juga merasmikan kerjasama sekian lama dengan Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) yang memberi tumpuan kepada penjagaan selepas pemulihan.

Selain itu, CCF merancang untuk mengadakan dana bantuan perubatan bagi membantu menampung kos rawatan yang meningkat. Rawatan imunoterapi, misalnya, boleh mencecah sehingga S$5,000 sebulan.

Lebih banyak perincian akan diumumkan semasa pelancaran dana itu sekitar tahun depan.
Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita