Yahoo pecat semua wartawan, eksekutif media sosialnya di SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Syarikat Yahoo dilapor membubarkan pasukan pengarang dan media sosialnya di Singapura. Kesemuanya, 17 kakitangan akan meninggalkan penerbitan berita digital selepas 7 Mei, lapor The Edge Singapore.
Salah seorang pekerja yang terjejas mendapat pampasan yang bersamaan dengan gaji dua minggu, bagi setiap tahun perkhidmatan, menurut sumber yang meminta agar identitinya dirahsiakan.
The Edge Singapore difahamkan para pekerja terjejas bertemu dengan seorang wakil dari jabatan sumber manusia pada 23 April lalu.
Simon Wheeler, pengarah kanan kandungan Yahoo bagi Australia dan Asia Tenggara, juga hadir di mesyuarat-mesyuarat itu.
Salah seorang kakitangan terjejas yang telah bekerja di Yahoo selama lebih 15 tahun mendakwa,Yahoo sedang mengubah strategi penerbitannya dan tidak lagi akan menghasilkan sebarang kandungan asli dari Singapura.
Sebaliknya, Yahoo akan menggajikan tiga "editor kurasi" dan seorang ketua pasaran bagi Yahoo News Singapore di bawah strategi yang bakal fokus kepada "kandungan bersindiket".
Dalam erti kata lain, Yahoo akan hanya menerbitkan semula kandungan oleh agensi berita lain seperti HuffPost, AFP News, Reuters, EdgeProp dan The Edge Singapore.
Mereka yang terjejas turut dimaklumkan mereka boleh membuat permohonan bagi jawatan-jawatan baharu - semuanya boleh dilaksanakan dari rumah - menurut iklan kerja Yahoo di LinkedIn.
Salah seorang kakitangan terjejas memberitahu The Edge Singapore bahawa Yahoo tidak menyebut jika syarikatnya sedang mengurangkan kos, atau mengapa syarikat itu memutuskan untuk mengatur semula strateginya.
Agensi berita tempatan itu turut diberitahu bahawa Yahoo mengadakan "rumah terbuka" pada setiap bulan, di mana para pemimpin akan berkongsi kemas kini perniagaan.
Tiada perangkaan kewangan dikongsi di mesyuarat besar terakhir pada 19 Apr. Tiada juga tanda-tanda syarikat itu akan memberhentikan lebih ramai pekerja, kata seorang kakitangan terjejas.
Mereka yang dipecat kali ini diberi notis dua minggu sehingga hari terakhir bekerja pada 7 Mei.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.