Wujudkan pekerjaan bermutu dalam semua sektor penting bagi Industri 4.0, tegas Tharman
Sedang Singapura menyusun ekonominya dan mengubah suai model pengilangannya, pemerintah perlu bekerjasama dengan para pendidik dan majikan untuk mewujudkan pekerjaan yang bermutu tinggi di masa hadapan.
SINGAPURA: Sedang Singapura menyusun ekonominya dan mengubah suai model pengilangannya, pemerintah perlu bekerjasama dengan para pendidik dan majikan untuk mewujudkan pekerjaan yang bermutu tinggi di masa hadapan - bukan setakat sektor pengilangan tetapi semua sektor dalam ekonomi - kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.
Ia akan menjadi satu cabaran kepada Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, kata Encik Tharman pada Selasa (16 Okt).
Beliau berkata demikian semasa berucap di pembukaan acara Transformasi Perindustrian Asia-Pasifik (ITAP) 2018 di Singapore Expo. Ia adalah edisi Asia-Pacifik bagi Hannover Messe di Jerman, yang merupakan pesta perdagangan terbesar di dunia bagi teknologi perindustrian.
Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial, menambah bahawa Pemerintah perlu memastikan agar para pekerja dapat meraih manfaat daripada perubahan yang dibawa oleh Revolusi Perindustrian Keempat.
LEBIH BANYAK SOKONGAN UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT
Bagi membantu syarikat-syarikat mempercepatkan pelaksanaan program-program perancangan perubahan industri masing-masing, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) melancarkan Rangkaian Rakan Utama di mana firma-firma boleh membangunkan rakan kerja masyarakat dalam sektor-sektor teknologi, pembangunan bakat, pembiayaan dana dan latihan.
Rangkaian industri baru itu melengkapi Indeks Kesediaan Industri Bijak, yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat untuk menerima penilaian mengenai tahap kesediaan mereka untuk beralih ke Industri 4.0.
Menurut Encik Tharman, Indeks Kesediaan Industri Bijak membolehkan firma-firma, tanpa mengambil kira saiz, untuk memahami tahap kesediaan mereka menjalani perubahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.