Skip to main content

Singapura

WSH, SCAL gesa syarikat binaan luang masa jalankan pemeriksaan keselamatan

Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) dan Persatuan Kontraktor Singapura mengeluarkan nasihat bersama menggesa semua syarikat binaan meluangkan masa untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan atau Safety Time-Out.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Nov 2020 08:09PM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 09:22PM

SINGAPURA: Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) dan Persatuan Kontraktor Singapura mengeluarkan nasihat bersama menggesa semua syarikat binaan meluangkan masa untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan atau Safety Time-Out.

Ia bagi menyemak kegiatan binaan dan protokol-protokol untuk memastikan operasi selamat dan membantu menangani sebarang kelemahan yang dikesan.

Dalam kenyataan media bersama pada Jumaat (27 Nov), kedua-dua pihak menyatakan tiga kematian sudah berlaku di tempat kerja dalam masa dua hari minggu ini dalam industri binaan dan marin.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad menegaskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mesti tetap dijadikan keutamaan untuk menyambung semula kerja.

Beliau menambah, syarikat-syarikat tidak sepatutnya tergesa-gesa untuk menyelesaikan projek masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi, menjelang akhir tahun, sesetengah syarikat cuba menyelesaikan projek sebelum bermula musim cuti.

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita