Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WSG sediakan lebih banyak sumber bantu lakar pembangunan kerjaya dan kemahiran

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Mar 2024 09:28PM Dikemas Kini : 11 Mar 2024 11:56PM
SINGAPURA: Orang ramai kini mempunyai lebih banyak sumber yang boleh membantu melakar pembangunan kerjaya dan kemahiran mereka.

Sumber-sumber itu tertumpu kepada kesejahteraan kerjaya dan khidmat pemadanan untuk golongan pekerja.

Ia bertujuan mencegah para pekerja daripada tergesa-gesa meningkatkan kemahiran mereka apabila kehilangan pekerjaan.

Program yang dirintis Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dipanggil Polaris itu bertujuan menyokong pekerja mengenai apa yang diperlukan untuk memajukan lagi kerjaya mereka.

Hala tuju baharu WSG tersebut bermakna, ia akan beralih daripada memberi sokongan apabila pekerja menghadapi krisis kehilangan pekerjaan.

Sebaliknya, WSG mahu mempersiapkan para pekerja lebih awal lagi sekiranya terdapat perubahan dalam industri masing-masing.

Di bawah kerjasama baharu dengan WSG, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) akan mengambil alih peranan memberikan bantuan pekerjaan.

e2i akan menyelia 12 pusat WSG mulai bulan depan, sekali gus membolehkan WSG menumpukan perhatian dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mempersiapkan pekerja bagi sebarang perubahan dalam bidang tugas mereka.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan