WSG lancar Program Penukaran Kerjaya bagi karyawan HR mulai Jun
SINGAPURA: Pengamal sumber manusia atau HR yang ingin memainkan peranan lebih strategik dalam industri berkenaan boleh menjalani satu program penukaran kerjaya yang baru.
Ia akan dikendalikan oleh Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).
Program baru itu, yang akan dimulakan pada bulan depan, bertujuan melatih semula karyawan HR dalam bidang-bidang seperti analitik data.
Di samping itu, program itu juga menyasar untuk menyokong pekerja pertengahan kerjaya yang mahu menceburi bidang HR.
Lebih 80 syarikat telahpun melahirkan minat terhadap program tersebut.
Semasa Pesta Teknologi HR pada Selasa(10 Mei), Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad memberi jaminan MOM akan memastikan masyarakat HR bersiap sedia untuk memberikan sokongan kepada syarikat-syarikat.
Misalnya, ia akan bekerjasama dengan rakan-rakan industri untuk menyiapkan diri dengan rangka kerja berdasarkan mata yang baru, bagi mendapatkan kelulusan bagi Pas Pekerjaan (EP).
Encik Zaqy menambah, HR memainkan peranan penting dalam transformasi perniagaan.
"HR mesti berkembang dan meraih peluang-peluang baru yang wujud akibat perubahan pada keperluan perniagaan - dari pendigitalan hingga perancangan tenaga kerja yang strategik dan juga kesejahteraan mental pekerja. Kita juga harus merubah peranan HR sebagai rakan kongsi perniagaan dan penasihat strategik," ujar Zaqy Mohamad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.