WP usul subsidi gaji bagi siswazah baharu dalam peranan perantisan di tengah gangguan AI
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua WP, Pritam Singh, berucap di rapat di Sekolah Menengah Yusof Ishak pada 28 April 2025. (Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)
- Parti Pekerja mencadangkan subsidi gaji sementara untuk galakkan syarikat ambil siswazah baharu sebagai perantis, bagi mengatasi kesan AI terhadap pekerjaan permulaan.
- WP juga menggesa skim insurans pemberhentian kerja dilanjutkan kepada semua peringkat pendapatan untuk lindungi pekerja daripada tekanan kewangan akibat kehilangan kerja.
- Perdana Menteri Lawrence Wong menekankan AI akan mengubah industri, namun kerajaan akan sediakan sokongan, laluan dan alat untuk bantu pekerja menyesuaikan diri.
- Pihak berkuasa akan memperkukuh SkillsFuture dan menggabungkan WSG serta SSG, sambil menggesa rakyat Singapura untuk mempelajari dan menguasai AI.
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) mencadangkan subsidi gaji bagi menggalakkan syarikat mengambil siswazah baharu dalam peranan perantisan, sambil memberi amaran bahawa pekerjaan peringkat permulaan berisiko terjejas akibat penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas.
Dalam amanat Hari Buruh yang dimuat naik ke media sosial pada Khamis (30 Apr), parti pembangkang itu menyatakan perkembangan pesat AI sedang mengubah pasaran buruh, dengan sesetengah majikan menjangkakan teknologi dapat melaksanakan fungsi peringkat permulaan pada kos lebih rendah.
Ketua WP, Pritam Singh, berkata pendekatan sedemikian “memakan diri”, dan memberi amaran bahawa jika siswazah muda tidak dapat memperoleh pengalaman yang diperlukan, Singapura tidak akan dapat membangunkan kumpulan karyawan yang diperlukan ekonomi.
Beliau menggesa lebih banyak laluan diwujudkan bagi membantu pekerja muda memperoleh pengalaman sebenar dan keyakinan.
“Parti Pekerja mencadangkan subsidi gaji yang bersasar dan berbentuk sementara bagi mengurangkan risiko untuk syarikat mengambil siswazah baharu dalam peranan perantisan,” kata Encik Pritam.
“Sokongan ini akan membantu memastikan golongan belia kita tidak ketinggalan apabila industri menyesuaikan diri dengan gangguan teknologi.”
Cadangan itu merupakan sebahagian daripada amanat Hari Buruh yang lebih luas, yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sokongan kepada pekerja dalam era AI.
Parti itu juga mengulangi gesaannya untuk skim insurans pemberhentian kerja bagi melindungi pekerja yang berdepan kehilangan pekerjaan dalam ekonomi global yang tidak menentu.
Skim sedemikian perlu dilanjutkan kepada semua peringkat pendapatan bagi menyediakan “perlindungan bermakna terhadap tekanan kewangan”, kata Encik Pritam, yang juga Anggota Parlimen bagi GRC Aljunied.
“Dengan penstrukturan semula dan pemberhentian kerja semakin berkemungkinan, skim insurans pemberhentian kerja ini menyediakan penstabil automatik bagi ekonomi, memastikan pekerja dapat menyara keluarga mereka sementara mencari pekerjaan baharu,” kata Encik Pritam.
Beliau menambah bahawa tanpa jaringan keselamatan yang kukuh untuk memenuhi keperluan asas, pekerja kurang cenderung mengambil risiko atau berdaya inovasi - ciri yang amat diperlukan dalam era perubahan besar.
“Parti Pekerja kekal komited untuk mengemukakan cadangan yang rasional dan membina di Parlimen bagi memajukan masyarakat kita,” katanya.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyampaikan ucapan Hari Buruh kepada lebih 1,600 pemimpin kesatuan dan rakan tiga pihak di Downtown East.
Encik Wong memberi amaran tentang kesan “besar” AI, yang menurutnya, akan mengganggu dan mengubah keseluruhan industri.
Namun, beliau turut berikrar bahawa pekerjaan baharu dan lebih baik akan diwujudkan - dan setiap pekerja akan disokong sepanjang peralihan ini.
Beliau menambah bahawa pihak berkuasa akan mengambil langkah “berhemat” untuk memastikan manfaat AI dikongsi secara meluas, termasuk memperkukuh SkillsFuture serta menggabungkan Workforce Singapore (WSG) dan SkillsFuture Singapore (SSG) menjadi satu entiti baharu.
“Pemerintah akan menyediakan alat, laluan dan sokongan. Tetapi kami juga memerlukan rakyat Singapura untuk melangkah ke hadapan. Jangan biarkan kebimbangan atau ketidakpastian menghalang anda daripada mempelajari dan menggunakan AI,” kata Encik Wong.
“AI akan terus wujud. Jadi terimalah, pelajarilah, gunakan dan kuasainya.”

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.