WP teliti video 'tidak wajar' Leon Perera dan Nicole Seah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) pada Isnin (17 Jul) menyatakan ia sedang meneliti video yang membayangkan "pertemuan yang tidak wajar" antara anggota kanan parti tersebut, Leon Perera dengan Nicole Seah.
Klip video selama 15 saat, yang dimuat naik ke laman media sosial, kelihatan menunjukkan Encik Perera - seorang Anggota Parlimen GRC Aljunied - sedang makan bersama calon Pilihan Raya Umum 2020, Cik Seah, sambil memegang dan membelai tangannya.
Kedua-duanya sudah berkahwin dan menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat WP, dengan Encik Perera menerajui pasukan media, manakala Cik Seah pula adalah presiden sayap belia.
WP menyatakan ia sedia maklum tentang video yang tersebar online itu pada Isnin (17 Jul).
“Parti (WP) kini sedang meneliti perkara itu dan akan mengulas apabila kami mempunyai fakta,” katanya dalam satu kenyataan. "Pihak parti juga mengharapkan semua anggota untuk bersikap bertanggungjawab sepenuhnya atas tingkah laku mereka."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.