Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP tekankan lagi perlunya gaji minimum, basmi diskriminasi pekerja berdasarkan usia

Parti Pekerja (WP) menekankan demikian hari ini (6 Jul) dalam rapat pilihan raya online yang bertemakan Sebuah Tenaga Kerja yang Dinamik Pada Masa Hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
WP tekankan lagi perlunya gaji minimum, basmi diskriminasi pekerja berdasarkan usia

Para calon Parti Pekerja semasa rapat online parti itu. (Gambar: FB/ The Workers' Party)

SINGAPURA: Sektor tenaga manusia perlu lebih mementingkan rakyat tempatan serta membasmi diskriminasi berdasarkan usia dan jantina.

Parti Pekerja (WP) menekankan demikian hari ini (6 Jul) dalam rapat pilihan raya online yang bertemakan Sebuah Tenaga Kerja yang Dinamik Pada Masa Hadapan.

Ia membincangkan landskap pekerjaan sekarang dan juga tentang saranan WP terhadap mengadakan gaji minimum di Singapura.

Menurut WP, jumlah pemegang pas kerja dan pas kerja khas meningkat sekitar 45,000 dan perkara itu sesuatu yang perlu diperhatikan.

PEKERJA S'PURA PERLU DIBERI SOKONGAN, PELUANG ADIL

Mentelah lagi, sekitar 1,000 syarikat sudah disenaraikan dalam senarai pantauan (watchlist) pihak berkuasa kerana menggajikan lebih ramai karyawan, pengurus, jurutera dan teknisyen atau PMET asing.

Dalam pasaran pekerjaan yang cukup bersaing, WP berharap pekerja rakyat Singapura diberi peluang dan sokongan yang adil.

"Saya tidak menentang pengambilan PMET warga asing kerana kehadiran mereka di sini penting dan dialu-alukan tetapi saya rasa ia tidak seharusnya menyebabkan pekerja tempatan ditindas," kata calon WP bagi GRC East Coast Abdul Shariff Aboo Kassim.

Lantaran itu, kata Encik Shariff, WP mengusulkan beberapa perkara untuk membantu para pekerja tempatan. Ini termasuklah memerlukan syarikat menyatakan amalan pengambilan pekerja selain memberi insentif kepada majikan yang menggajikan rakyat tempatan.

Calon WP bagi GEC Sengkang, Raeesah Farid Khan, juga menyuarakan peri perlu ada keadilan dalam pengambilan kerja.

Beliau memberikan contoh bagaimana seorang warga tua yang ditemuinya memberitahu dia tidak diambil kerja kerana usianya.

"Pekerjaan yang mulia adalah yang mana pekerja dilindungi, pekerja boleh bersuara dan tempat bekerja yang sihat. Perlu ada keadilan dalam isu seperti usia dan jantina," katanya.

SARANAN GAJI MINIMUM

Salah satu saranan dalam manifesto WP pada Pilihan Raya Umum kali ini juga adalah untuk memperkenalkan gaji minimum.

Semasa sesi rapat online malam ini tadi, WP menyatakan lebih 100,000 rakyat Singapura membawa pulang kurang daripada $1,3000 sebulan.

Golongan pekerja sebegini, menurut parti itu, perlu diberikan lebih banyak bantuan agar dapat memperkasakan diri mereka bagi jangka masa panjang.

Encik Abdul Shariff menambah: "Dengan bantuan yang dihulurkan semasa COVID-19 saya rasa memang amat memadai, cuma saya risaukan jangka masa panjang mereka.

"Jadi saya rasa perlu memikirkan semula secara asasnya tentang pekerja bergaji rendah dan isu kemiskinan di sini dan jika menyentuh tentang kemiskinan, kita perlu mengatakan tentang pilihan yang teruk bagi mereka dan bukan keputusan yang teruk diambil mereka." 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan