Skip to main content

Singapura

WP sahkan terima surat PM Wong susuli pelucutan Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang

Susulan keputusan Perdana Menteri Lawrence Wong melucutkan Encik Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang, Parti Pekerja (WP) mengeluarkan satu kenyataan ringkas sepanjang dua perenggan yang mengesahkan bahawa ia sudah menerima sepucuk surat berhubung perkara tersebut daripada PM Wong.
Anggaran Waktu Membaca:
WP sahkan terima surat PM Wong susuli pelucutan Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang
Perdana Menteri Lawrence Wong melucutkan Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang. (Gambar: Mediacorp) 
SINGAPURA: Susulan keputusan Perdana Menteri Lawrence Wong melucutkan Encik Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang, Parti Pekerja (WP) mengeluarkan satu kenyataan ringkas sepanjang dua perenggan yang mengesahkan bahawa ia sudah menerima sepucuk surat berhubung perkara tersebut daripada PM Wong.

Menurut WP, ia akan membincangkan kandungan surat dari PM Wong itu dengan teliti menerusi proses dalamannya dan memberi maklum balas pada waktu yang sesuai.

Jawatan Ketua Pembangkang diisi buat pertama kalinya pada 2020.

Perdana Menteri ketika itu Lee Hsien Loong menawarkannya kepada Encik Pritam selepas keputusan Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) menunjukkan hasrat kukuh dari rakyat Singapura bagi kepelbagaian pandangan lebih luas dalam politik.

Jawatan Ketua Pembangkang itu kata Encik Lee, bertujuan mengiktiraf hasrat tersebut.

Selepas Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), Encik Pritam sekali lagi menjadi Ketua Pembangkang setelah ditawarkan jawatan tersebut oleh Perdana Menteri Lawrence Wong.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita