WP, PSP sambut baik perubahan dasar NDR 2024; gesa pembaharuan lebih mendalam dalam perumahan awam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: CNA; TODAY/Leonard Leong)
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) mengalu-alukan peralihan dasar yang diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya yang pertama.
Namun, WP menggesa Pemerintah supaya melaksanakan pembaharuan dasar secara lebih mendalam.
Ini khususnya bagi mengurangkan kebimbangan dalam kalangan golongan bujang mengenai akses kepada perumahan.
Dalam satu catatan Facebook pada Isnin, Setiausaha Agung PSP Hazel Poa berkata partinya kecewa Pemerintah "sekali lagi gagal untuk menangani masalah dasar perumahan awam pada peringkat akarnya, yang kami percaya memerlukan pemikiran semula yang penting".
Langkah untuk menambah Geran Perumahan CPF Dipertingkat bagi pasangan berpendapatan rendah "adalah lebih kurang sama", jelas Cik Poa.
Beliau menekankan lagi dua skim yang disarankan PSP pada tahun lalu. Ia termasuk Skim Perumahan Dimampui, yang mengusulkan agar kos tanah ditangguhkan apabila pembeli flat membeli rumah daripada HDB, dengan kos tersebut hanya akan dibayar jika flat itu dijual di pasaran jualan semula.
Satu lagi cadangan PSP, Skim Apartmen Millennial, mencadangkan agar pemerintah menyediakan bekalan "flat bermutu" yang besar berdekatan dengan daerah pusat perniagaan (CBD) bagi golongan muda rakyat Singapura untuk menyewa selama dua hingga lima tahun pada kadar yang berpatutan.
Mulai pertengahan tahun 2025, golongan bujang akan dimasukkan ke dalam skim yang memberi keutamaan kepada mereka yang memohon bagi flat BTO untuk tinggal bersama atau berdekatan keluarga mereka.
Dalam ucapannya, PM Wong menarik perhatian kepada isu akses kepada perumahan sebagai salah satu keprihatinan dalam kalangan rakyat Singapura.
Beliau turut berikrar untuk mempertingkatkan usaha bagi memastikan perumahan awam lebih dimampui dan boleh diakses.

Sumber : CNA/HA/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.