Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP: Pengecualian Pemerintah daripada disaman di bawah POHA 'pengecualian ketara'

Keputusan untuk mengecualikan Pemerintah daripada disaman sekiranya ia mengekalkan kepalsuan online adalah "satu pengecualian ketara dan peluang yang disia-siakan dalam memenangi kepercayaan awam", menurut Ketua Parti Pekerja, Pritam Singh, di Parlimen pada Selasa (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
WP: Pengecualian Pemerintah daripada disaman di bawah POHA 'pengecualian ketara'

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 07 May 2019 11:53PM Dikemas Kini : 07 May 2019 11:56PM

SINGAPURA: Keputusan untuk mengecualikan Pemerintah daripada disaman sekiranya ia mengekalkan kepalsuan online adalah "satu pengecualian ketara dan peluang yang disia-siakan dalam memenangi kepercayaan awam", menurut Ketua Parti Pekerja, Pritam Singh, di Parlimen pada Selasa (7 Mei).

Encik Singh berucap demikian di bacaan kedua bagi Akta Perlindungan daripada Gangguan, yang menyasar untuk meningkatkan perlindungan bagi mangsa-mangsa gangguan dan berita palsu, dan mempermudahkan para mangsa untuk mendapatkan penghuraian.

Pindaan kepada Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) termasuklah menganggap perbuatan "doxxing" sebagai satu perbuatan jenayah - iaitu menerbitkan maklumat peribadi seorang seperti gambar-gambar mereka, nombor telefon atau maklumat pekerjaan dengan niat untuk mengganggu.

Pindaan itu termasuklah menubuhkan sebuah mahkamah bagi Perlindungan daripada Gangguan.

Di bawah Rang tersebut, agensi-agensi awam tidak termasuk.

"Ini bermakna bahawa seorang individu atau syarikat tidak boleh membuat pemohanan ke Mahkamah Gangguan sekiranya Pemerintah membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan atau palsu terhadap mereka," menurutnya.

Beliau menambah bahawa pengecualian sebegitu tidak mematuhi prinsip mengenai setiap orang tertakluk kepada undang-undang yang sama.

PEMERINTAH-PEMERINTAH JUGA BOLEH MAKLUMKAN BERITA PALSU

Bagi menyokong hujahnya, Encik Singh menekankan pandangan beberapa orang yang berucap di Jawatankuasa Pilihan berhubung Kepalsuan Online Disengajakan bahawa pemerintah juga boleh menyatakan berita palsu atau maklumat mengelirukan.

"Mengapa orang awam tidak boleh menerima perlindungan daripada Rang ini - terhadap pemerintah atau menteri yang menggunakan kuasanya dengan cara tidak bijak atau berniat jahat - dengan pandangan untuk mendapatkan huraian daripada sebuah pertubuhan "neutral" seperti mahkamah?" beliau bertanya.

Untuk menjelaskan hujahnya lagi, Encik Singh merujuk kepada video di mana bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Poh Soo Kai menuduh Pemerintah membuat dakwaan salah. Dia didakwa memberi bantuan kepada seorang anggota Parti Komunis Malaya yang cedera di Masai, Malaysia.

Poh mendakwa bahawa dia tidak pernah ke Malaysia, dan itu boleh dibuktikan menerusi rekod imigresennya. Encik Poh menuduh Pemerintah menjaja kenyataan palsu seperti yang dibentangkan oleh Rang tersebut.

Encik Singh berkata bahawa beliau tidak mengambil pandangan mengenai kebenaran fakta-fakta yang dibentangkan oleh Poh ataupun Pemerintah. Bagaimanapun, beliau berkata demikian kerana semua maklumat relevan tidak boleh diakses oleh orang awam.

Oleh itu mereka tidak boleh mengambil pendirian yang objektif, tidak kira pihak yang mana. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan