Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP isytihar berdiri bersama-sama para pekerja ekonomi gig

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) menyatakan ia akan membela para pekerja dalam ekonomi gig dan tahu akan kesukaran-kesukaran yang mereka alami.

Anggaran Waktu Membaca:
WP isytihar berdiri bersama-sama para pekerja ekonomi gig

(Gambar: Facebook/Azhar Latip)

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) menyatakan ia akan membela para pekerja dalam ekonomi gig dan tahu akan kesukaran-kesukaran yang mereka alami.

"Parti Pekerja berdiri bersama-sama para pekerja ekonomi gig. Kita tidak akan biarkan anda dilupakan oleh mereka yang berkuasa," menurut calon WP bagi GRC Marine Parade, Azhar Abdul Latip, dalam ucapannya semasa sesi rapat pilihan raya online WP malam ini tadi (6 Jul).

Encik Azhar yang merupakan seorang pemandu kereta sewa privet selepas mengalami kemalangan trafik yang teruk turut berkata bahawa jumlah golongan pekerja ekonomi gig meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Mereka bukan saja terdiri daripada pekerja penghantaran makanan ataupun pemandu kereta sewa privet tetapi juga golongan pekerja bebas seperti pereka grafik dan para karyawan media.

"Walaupun kerap kita dengar tentang manfaat pekerja ekonomi gig seperti waktu yang fleksibel, mereka bukanlah pekerja tetap dan tidak dapat menikmati manfaat seperti pekerja tetap.

"Mereka juga perlu bekerja pada waktu yang lebih lama dan ada kalanya para pekerja bebas tidak mendapat bayaran tepat pada waktunya," kata Azhar.

Lebih membimbangkan lagi, kata Azhar, dengan ketidaktentuan landskap ekonomi sekarang, lebih ramai akan memasuki pasaran pekerja ekonomi gig.

PEKERJA EKONOMI GIG TERDEDAH KEPADA RISIKO

Ini kerana golongan pekerja berkenaan mudah terdedah kepada risiko seperti apa yang dilihat berlaku sebelum ini.

Encik Azhar memberikan contoh penutupan syarikat Uber dan langkah pemerintah mengharamkan penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di sebahagian tempat.

"Jadi kami akan berusaha lebih gigih bagi anda supaya dapat menjaga keprihatinan dan kebajikan anda," kata Encik Azhar.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan