Skip to main content

Singapura

WP hasilkan dokumentari 'semangat Hougang' dan kepentingannya pada politik SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) menyambut ulang tahun ke-65 penubuhannya pada Khamis (3 Nov) dengan melancarkan trailer dokumentari mengenai sejarah dan penduduk Hougang, iaitu kubu kuat parti itu dalam pilhan raya selama tiga dekad.

Film yang berjudul "Hougang: The Documentary" memberi penghormatan kepada penduduk Hougang dan menonjolkan sebahagian daripada sejarah Singapura," menurut WP dalam satu kenyataan media. Suatu trailer dimuat naik di saluran media sosial milik WP termasuk Facebook.

Filem penuh akan ditayangkan secara awam dalam beberapa bulan mendatang, menurut WP.
Maklmuat lanjut akan diumumkan pada masa datang.

Filem tersebut merupakan filem dokumentari kedua selepas "Walking with Singapore: Road to 2011" yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-60 pada 2017. Parti itu menyatakan ia pernah menghasilkan filem pendek mengenai Majlis Bandaran Hougang sebelum 2011.

Trailer dari filem terbaru itu mengandungi gambar bersejarah di Hougang serta petikan dari temu bual bersama penduduk Hougang terdahulu dan sekarang, mantan ketua WP, Low Thia Kiang dan ahli sejarah serta pakar.

Filem itu mengandungi enam bab, bermula dengan pendatang Teochew dari China yang berpindah ke Kepulauan Riau (kini sebahagian dari Indonesia) and ke Pulau Ubin sebelum tiba ke Hougang pada pertengahan abad ke-18.

"Filem ini memberi tumpuan utama kepada Hougang dan penduduk serta masyarakatnya, sambil menerokai apa yang membuat semangat Hougang begitu istimewa, serta kepentingannya dalam politik Singapura selama ini," menurut parti tersebut.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita