Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP berusaha perbaiki kehidupan warga SG pada 2022 dengan bersuara di Parlimen: Pritam Singh

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Pritam Singh berkata parti itu berusaha untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam kawasan undinya dan semua rakyat Singapura dengan bercakap di Parlimen mengenai isu-isu utama pada 2022.

"Parti Pekerja percaya perjuangan bagi martabat adalah perkara biasa bagi kemanusiaan dan oleh itu suara rakyat harus didengar,"kata Encik Singh pada Sabtu (31 Dis) dalam ucapan Tahun Barunya.

Di Parlimen, Encik Singh berkata Anggota Parlimen (AP) WP membangkitkan isu-isu berkaitan inflasi, kadar faedah yang lebih tinggi dan kos sara hidup berkaitan perkhidmatan awam seperti api air dan pengangkutan awam serta apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan atau mengatasi keadaan tersebut.

"Kami membantah kenaikan kadar GST kerana tidak sesuai dengan masa sekarang di tengah-tengah kadar inflasi yang semakin meningkat. Kami menyarankan caralain untuk menjana pendapatan pemerintah seperti cukai kekayaan dan struktur cukai korporat lebih progresif," kata Encik Singh.
Beliau menarik perhatian beberapa cadangan bagi tangani inflasi yang dikemukakan WP termasuk memperkukuh nilai dolar Singapura untuk menjadikan import lebih murah.

WP juga melahirkan keprihatinan tentang kos perumahan di Singapura dan meminta ditawarkan lebih banyak pilihan seperti skim sewa awam dan bersubsidi yang diperluas bagi memenuhi keperluan penduduk yang pelbagai.

Begitu juga dengan saranannya untuk menurunkann had usia kelayakan bagi golongan bujang membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) daripada 35 tahun kepada 28 tahun, kata beliau.
"Ketika harga jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan BTO semakin meningkat pada separuh kedua 2022, AP WP meminta HDB mendedahkan kos untu membina flat baru," kata Encik Singh.
WP juga menangani isu berkaitan pekerjaan, pemberhentian kerja, pekerjaan semula, mata pencarian serta meneliti skim baru yang untuk mengawal selia dan menggalakkan pengambilan pekerja hijrahan, termasuk faedah skim untuk pekerja rakyat Singapura, kata beliau.

Encik Singh menambah bahawa WP mencadangkan penambahbaikan kepada rangka kerja Pas Pekerjaan (EP) serta mengeluarkan EP jangka tetap yang tidak boleh diperbaharui sebaik sahaja pas itu tamat tempoh.

Ini adalah untuk memberi insentif yang lebih baik kepada majikan untuk mengambil dan melatih warga Singapura untuk mengisi jawatan tersebut sebelum tamat tempoh EP serta untuk memastikan lebih banyak ilmu dan kemahiran dipindahkan kepada warga Singapura.
INISIATIF MASYARAKAT

Dalam ucapan Tahun Baru Encik Singh, beliau turut menarik perhatian beberapa inisiatif WP buat masyarakat.

Ini termasuk acara makan malam semasa Hari Kebangsaan yang diadakan pada 13 Ogos buat penduduk di kawasan undi WP. Acara itu, katanya dihadiri hampir 1,400 penduduk.

Sayap Belia WP dan Pasukan Penyelidik Dasar bersama-sama menganjurkan WP Youth Wing Policy Challenge 2022 bagi rakyat Singapura berumur 40 tahun ke bawah untuk menghantarkan satu muka surat cadangan yang ingin dibentangkan di Parlimen.

Mereka terlebih dahulu akan berunding dengan Anggota Parlimen untuk menyemak cadangan mereka dan kemudian mempertahankan dan membahaskannya dalam sesi awam.

Inisiatif tersebut dilancarkan untuk memberikan wadah kepada belia supaya cuba menceburi bidang kerja parlimen, kata Encik Singh menukil kenyataan presiden sayap belia WP, Nicole Seah.

Encik Singh turut menarik perhatian skim WP yang memberi subsidi kepada penduduk yang tinggal sendirian dan memerlukan pembaikan rumah.

Skim tersebut meliput kerja-kerja pertukangan di rumah selain daripada pembaikan elektrik dan paip.

Beliau mengakhiri ucapannya itu dengan meluahkan rasa terima kasih kepada semua penduduk, sukarelawan, penyokong, penderma dan anggota parti yang menaruh kepercayaan terhadap parti itu sepanjang 2022.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan