Skip to main content

Singapura

WP akan tampilkan calon cekap dan berwibawa; mampu sandang tugas AP, penasihat majlis bandaran

Parti Pekerja (WP) akan membariskan calon-calon yang mampu menjadi Anggota Parlimen berwibawa dan berupaya menguruskan sesebuah majlis bandaran dengan baik dalam pilihan raya akan datang, menurut ketua parti itu, Pritam Singh pada Ahad (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
WP akan tampilkan calon cekap dan berwibawa; mampu sandang tugas AP, penasihat majlis bandaran

Pritam Singh. (Gambar: Sarah Yang)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 11:27AM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 11:31AM

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) akan membariskan calon-calon yang mampu menjadi Anggota Parlimen berwibawa dan berupaya menguruskan sesebuah majlis bandaran dengan baik dalam pilihan raya akan datang, menurut ketua parti itu, Pritam Singh pada Ahad (19 Jan).

"Fokus kini ditumpukan kepada calon-calon berkualiti daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman," menurutnya dalam forum anggota WP pada pagi Ahad (19 Jan).

Para AP pembangkang ini akan menyuarakan keprihatinan rakyat di Parlimen dan mempertingkatkan pengalaman perkhidmatan awam untuk menjadikan mereka anggota parlimen dan penasihat majlis bandaran yang cekap dan berkesan.

Sambil membentangkan hala tuju WP menjelang pilihan raya umum yang ramai menjangkakan akan diadakan pada tahun ini, Encik Pritam menegaskan bahawa ucapannya lebih menjurus kepada mengapa orang ramai patut mengundi WP.

Dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) memiliki "kuasa untuk menguruskan kedudukan kewangan negara" dan boleh melaksanakan dasar-dasar berkesan untuk Singapura, peranan parti pembangkang adalah untuk memastikan ia tidak diberikan "cek kosong" untuk "melakukan sesuka hatinya", menurut Encik Pritam.

"Peranan parti pembangkang menjadi bermakna apabila para pengundi memilih calon pembangkang yang diberikan mandat untuk mewakili rakyat Singapura. Seorang calon pembangkang yang tidak dipilih rakyat tidak boleh mengubah PAP," katanya semasa merujuk kepada Anggota Parlimen yang memasuki Parlimen menerusi skim Anggota Parlimen Dilantik (NMP).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita