Workforce Singapore tubuh pusat kerjaya satelit di 8 estet kejiranan
Orang ramai yang mencari kerjaya baru boleh mendapatkan bantuan tambahan tidak lama lagi.
SINGAPURA: Orang ramai yang mencari kerjaya baru boleh mendapatkan bantuan tambahan tidak lama lagi.
Mulai bulan depan, kumpulan pertama pusat kerjaya satelit yang menyediakan khidmat dan nasihat pemadanan kerja akan dilancarkan di lapan estet perumahan awam iaitu di Ang Mo Kio, Bedok, Bukit Batok, Choa Chu Kang, Jurong West, Sengkang, Woodlands dan Yishun.
Sebanyak 24 pusat satelit sedemikian akan mula beroperasi menjelang akhir Ogos ini.
Hampir 100 duta badan daya kerja Singapura, Workforce Singapore (WSG) akan dikerahkan di semua pusat itu bagi memberi bimbingan kerjaya kepada penduduk.
Pusat-pusat satelit akan melengkapi perkhidmatan kerjaya di pusat-pusat kendalian WSG, e2i NTUC dan rakan-rakan lain.
"Pembukaan pusat-pusat dalam estet perumahan kita penting oleh kerana kita akan membawa pekerjaan dan juga jurulatih kerjaya kami ke estet perumahan kita.
"Dan ini bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang-peluang yang ada menerusi Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.
"Kami mempunyai jurulatih dan duta kerjaya yang boleh membantu mereka memahami akan skim-skim dan peluang yang ada," kata Menteri Negara Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara Zaqy Mohamad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.