WO3 Zulkifli Jureni lulus Kursus Angkatan Marin Amerika, raih 2 anugerah tertinggi
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Seorang anggota tentera Singapura, Pegawai Waran Ketiga WO3 Zulkifli Jureni, mengharumkan nama Singapura baru-baru ini di Amerika Syarikat.
Beliau bukan sahaja berjaya menamatkan Kursus Sarjan Tetap Angkatan Marin Amerika Syarikat (USMC), malah WO3 Zulkifli juga berjaya meraih dua anugerah tertinggi semasa kursus itu - iaitu Anugerah Lulusan Terunggul dan Anugerah Kecemerlangan Akademik.
Beliau turut dianugerahkan Syiling Sarjan Meriam selepas memperoleh markah penuh dalam pembentangannya semasa kursus itu di Kem Pendeleton di California.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mendedahkan demikian dalam satu catatan menerusi Facebook dan Instagram.
Para peserta kursus itu dilatih dalam kemahiran kepimpinan penting, termasuk komunikasi berkesan, dan memimpin semasa di bawah tekanan menerusi simulasi pertempuran realistik.
Dalam ulasannya, WO3 Zulkifli berkata kursus itu memberinya perspektif baharu tentang bagaimana untuk mengendalikan askar bawahannya, serta cara menangani cabaran harian - sama ada secara taktikal mahupun peribadi.
Tentera Singapura mengucapkan tahniah kepada WO3 Zulkifli "atas pencapaiannya itu dan kerana mengibarkan bendera Singapura dengan tinggi".

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.