Wisma Teroka Singapura dibuka semula dengan ambil pendekatan lebih mesra alam
Selepas ditutup selama tujuh bulan, Wisma Teroka Singapura dibuka semula dengan mengambil pendekatan lebih mesra alam.
SINGAPURA: Selepas ditutup selama tujuh bulan, Wisma Teroka Singapura dibuka semula dengan mengambil pendekatan lebih mesra alam.
Lebih 2,300 panel suria sudah dipasang di sekitar kawasannya untuk menjana hampir separuh keperluan elektrik wisma itu.
Ia akan membuka pintunya Sabtu ini (31 Okt) dan memperkenalkan dua daya tarikan baru.
Salah satunya "escape room" yang terbesar di Singapura.
Ia menggunakan teknologi bijak seperti sensor pergerakan untuk mendedahkan maklumat seterusnya.
Para pengunjung boleh cuba melepaskan diri dari 13 bilik yang berdasarkan empat tema.
Sementara itu, paparan berteknologi tinggi akan memberikan pengalaman bermain laser tag dengan lebih baik di arena yang baru.
Dengan ciri-ciri tersebut, Wisma Teroka Singapura berharap untuk menarik lebih ramai pengunjung terutama golongan belia dan keluarga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.