Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wisma Geylang Serai tarik 6.1 juta pengunjung dan peserta pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Wisma Geylang Serai (WGS) menarik 6.1 juta pelawat dan peserta pada tahun lalu, yang tertinggi dicatatkan setakat ini.



Demikian diumumkan Penasihat Utama WGS Dr Muhammad Faishal Ibrahim di acara sambutan ulang tahun kelimanya pada malam ini tadi (27 Jan).
 
“Lima tahun sudah, WGS menjadi nadi masyarakat Melayu Singapura. Lima tahun, kami bertungkus-lumus menawarkan acara dan program yang bermutu. Kami bergabung dengan
pihak berkepentingan untuk menyediakan khidmat bersepadu yang berfaedah untuk masyarakat.

Kami akan terus bekerja dengan lebih keras untuk memberikan yang terbaik. Kami sangat menghargai
sokongan padu daripada anda
semua,” kata Dr Faishal dalam ucapan pembukaannya.
 
Dr Faishal turut berkongsi beberapa pencapaian WGS yang dapat dibanggakan.

Ini termasuk bazar Ramadan terbesar yang pernah dianjurkan pada tahun lalu. 


Bazar selama 36 hari itu adalah yang paling lama pernah diadakan.



Dr Faishal turut menarik perhatian kepada pelbagai program seni dan budaya yang telah disusun dengan teliti dan berjaya menepati citarasa masyarakat yang pelbagai.



Selain itu, WGS juga bekerja rapat dengan pelbagai agensi pemerintah dan pertubuhan Melayu/Islam untuk pelbagai program sosial, sivik dan berkaitan kesihatan.



Lebih 400 orang menonton konsert ulang tahun WGS.



Ia menampilkan persembahan daripada artis-artis tempatan dan seberang tambak seperti Dayang Nurfaizah.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan