Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wisma Geylang Serai anjur pertandingan fotografi sempena Ulang Tahun ke-3

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bila berjalan-jalan di Geylang Serai, mungkin sebahagian daripada anda dibuai kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan - dari makanannya, bangunan-bangunannya hinggalah orang-orangnya.

Kini, anda bukan sahaja dapat mengimbau kenangan apabila mengunjungi Geylang Serai. Jika anda manfaatkan cetusan ilham menerusi petikan gambar menarik kawasan yang sinonim dengan orang Melayu itu, anda mungkin berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai S$1,5000.

Sempena Ulang Tahun ketiga Wisma Geylang Serai, satu pertandingan fotografi yang dinamakan instaGEYLANG, dianjurkan mulai Jumaat (21 Jan) hingga 9 Mei 2022.

Caranya semudah petik gambar dan muat naik ke akaun Instagram sahaja. Para peserta juga dikehendaki meletakkan 'hashtag' #instaGEYLANG' pada kapsyen gambar dan 'tag' lokasinya sekali.

Pertandingan itu bertujuan memaparkan ciri-ciri unik kawasan Geylang Serai dan mengetengahkan tempat-tempat dan aktiviti khas yang merupakan kenangan indah bagi orang awam.

Para peserta boleh mengimbau kembali masa silam, menghargai keadaan sekarang dan membayangkan keadaan Geylang Serai pada masa akan datang menerusi gambar-gambar yang dipetik mereka.

Gambar-gambar yang boleh dipetik termasuk bangunan, orang ramai, makanan dan lain-lain lagi. Semuanya terletak kepada daya kreativiti anda!

Satu panel yang merangkumi para jurugambar profesional dan pempengaruh media sosial akan memilih 20 gambar terbaik yang akan dipamerkan di Kamal Arts Gallery sepanjang dua hujung minggu.

Pemenang pertama pertandingan itu akan membawa pulang wang tunai bernilai S$1,500, manakala tiga pemenang hadiah sagu hati akan masing-masing mendapat S$300.

Selain itu, gambar yang mendapat jumlah "Likes" paling banyak di Instagram pada hari terakhir pertandingan, iaitu pada 9 Mei 2022, akan mendapat wang tunai S$500.

Para pemenang akan diumumkan pada 24 Jun 2022.

Anda boleh melayari laman instaGEYLANG untuk mendapatkan butiran lanjut pertandingan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan