Skip to main content

Singapura

WIS bagi pekerja bergaji rendah akan disemak

Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang memberi tokokan gaji dan disasarkan kepada mereka yang bergaji rendah, akan disemak semula.

Anggaran Waktu Membaca:
WIS bagi pekerja bergaji rendah akan disemak

(Gambar hiasan: Roslan Rahman/ AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2018 05:52PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 05:54PM

SINGAPURA: Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang memberi tokokan gaji dan disasarkan kepada mereka yang bergaji rendah, akan disemak semula. Dengan semakan tersebut, ramai penerimanya sekarang tidak akan lagi menerima tokokan gaji kerana pendapatan mereka sudah menjadi lebih tinggi.

WIS disemak setiap tiga tahun dan semakan terakhir kali dijalankan pada 2016. Semakan terkini akan diterajui Menteri Tenaga Manusia Zaqy Mohamad. Keputusannya akan dikeluarkan pada tahun depan.

Encik Zaqy dalam catatan Facebooknya menyatakan bahawa jumlah penerima WIS merosot dari 389,000 pekerjaa pada 2015, kepada 366,000 pekerja pada 2017. Para penerima WIS mendapat sehingga S$3,600 setiap tahun dalam bentuk wang tunai dan tokokan CPF.

"Keseluruhannya, 42,000 penerima WIS menikmati pendapatan yang melebihi batas gaji WIS pada 2016 dan 2017," tulis beliau.

"Dalam erti kata lain, mereka sudah 'lulus' daripada WIS kerana gaji mereka kini lebih tinggi. Ini kemajuan yang memberangsangkan."

Encik Zaqy menambah, gaji-gaji para pekerja berpendapatan rendah meningkat lebih cepat daripada kadar inflasi. Berbanding dengan gaji median, gaji para pekerja pada paras paling rendah juga tumbuh lebih cepat pada lima tahun sebelum ini.

Bagi semakan selanjutnya, Encik Zaqy berikrar akan memastikan lebih 20 peratus pekerja Singapura akan terus menerima WIS, meski gaji mereka kini lebih tinggi.

Semasa semakan sebelumnya, tokokan WIS dinaikkan daripada S$100 kepada S$500 bagi mereka yang mempunyai pendapatan antara S$1,000 dengan S$1,600. Aras gaji untuk layak juga dilonggarkan, dari gaji S$1,900 sebulan kepada S$2,000.

Butiran lanjut tentang semakan itu akan diumumkan di Parlimen pada minggu depan apabila ia bersidang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita