'Wira sebenar': Vivian Balakrishnan beri penghormatan kepada mendiang Senator Amerika, John McCain
Ucapan takziah datang mencurah-curah daripada para pemimpin dunia bagi mendiang Senator Amerika John McCain.
SINGAPURA: Ucapan takziah datang mencurah-curah daripada para pemimpin dunia bagi mendiang Senator Amerika John McCain.
Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan memberi penghormatan kepada mendiang John McCain sebagai seorang yang penuh keyakinan dan seorang wira.
Dalam catatan Facebooknya, Dr Balakrishnan menyifatkan mendiang
sebagai "sahabat lama Singapura" dan seorang penyokong kuat penglibatan Amerika di rantau Asia-Pasifik.
Sebelum Encik McCain meninggal dunia, Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menulis di Facebooknya, memuji keberanian mendiang untuk menghentikan rawatan.
Beliau menyifatkan mendiang sebagai wira perang yang berani berdepan dengan kesukaran.
Perdana Menteri Australia Scott Morrison pula menyifatkan mendiang sebagai seorang yang berani dan penuh tekad.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menganggap mendiang sebagai wira yang banyak berjasa kepada negara.
Mantan Presiden Barack Obama turut menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mendiang.
Beberapa pemimpin dan tokoh-tokoh ternama dunia menyifatkan pemergian mendiang McCain sebagai satu kehilangan besar bagi Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.