Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wira perang, Sungai Singapura dan emas: Butiran wang kertas dwiabad S$20

Presiden Halimah Yacob pada Rabu (5 Jun) melancarkan wang kertas S$20 bagi memperingati 200 tahun sejarah Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Wira perang, Sungai Singapura dan emas: Butiran wang kertas dwiabad S$20

Wang kertas S$20 bagi memperingati 200 tahun sejarah Singapura.(Gambar: MAS)

Diterbitkan : 06 Jun 2019 11:34PM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 11:39PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob pada Rabu (5 Jun) melancarkan wang kertas S$20 bagi memperingati 200 tahun sejarah Singapura. Berikut antara ciri istimewa wang kertas itu:

APA YANG DIGAMBARKAN PADA WANG KERTAS ITU?

Wang kertas itu, direka oleh para seniman tempatan Encik Eng Siak Loy dan Encik Weng Ziyan, memaparkan perjalanan Singapura menuju kemerdekaan dan memberi penghormatan kepada nenek-moyang yang membangunankan asas-asas bagi Singapura moden.

Wang kertas itu mencerminkan budaya Singapura yang kaya dan pelbagai.

DUA MONUMEN NEGARA DARIPADA SEJARAH S'PURA

Gambar presiden pertama Singapura Encik Yusof Ishak, dipaparkan di bahagian depan wang kertas itu, bersebelahan bekas Mahkamah Agung dan Dewan Bandaraya.

Kedua-dua monumen negara itu, yang kini menempatkan Galeri Nasional Singapura, menyaksikan banyak acara penting dalam sejarah Singapura. Ini termasuk upacara mengangkat sumpah pemerintah pada 1963 dan perbarisan hari kebangsaan pada 1966.

8 PERINTIS DAN SUNGAI SINGAPURA

Bahagian belakang wang kertas itu menampilkan lapan individu yang membuat sumbangan besar terhadap pembangunan Singapura dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan pertahanan.

(Gambar: MAS)

Mereka dipaparkan berlatar belakangkan Sungai Singapura yang seakan mengalir ke zaman Singapura moden. Sungai itu merupakan pusat pembangunan Singapura sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan kemudian berubah kepada hab perniagaan dan kewangan.

Munshi Abdullah dikenali ramai sebagai "Bapa Sastera Melayu Moden" dan mengajar Sir Thomas Stamford Raffles bahasa tersebut, manakala Henry Nicholas Ridley ialah pengarah pertama Kebun Bunga Singapura dan diiktiraf kerana membangunkan ladang getah di Singapura pada masa perusahaan getah membangun dengan begitu pesat pada awal 1900an.

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN WANG KERTAS

Sekiranya anda ingin mendapatkan wang kertas baru ini, sebanyak dua juta keping wang kertas boleh didapatkan mulai Isnin (10 Jun) di: DBS Bank/POSB, Oversea-Chinese Banking Corporation, United Overseas Bank, Bank of China, Citibank Singapore, Industrial and Commercial Bank of China, Maybank, Standard Chartered dan The Hongkong dan Shanghai Banking Corporation.

Setiap orang dibenarkan menukar sehingga 20 keping wang kertas bagi setiap urus niaga, dan setiap wang kertas dimasukkan ke dalam pelipat yang direka khas.

Jika anda tidak merancang mendapatkan wang kertas baru itu, ia dipamerkan di Galeri MAS, bersamaan satu pameran menampilkan mata wang kertas dan syiling yang jarang ditemui yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Sebanyak 5,000 set edisi terhad wang kertas dengan setiap set terdiri daripada satu kepingan tiga wang kertas S$20 yang bersambung juga dijual.

Tempahan awal boleh dibuat dengan The Singapore Mint mulai 5 Jun hingga 13 Jun. Set-set mata wang itu akan diperuntukkan menerusi pengundian sekiranya permintaan melebihi bekalan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan