Skip to main content

Singapura

WIPO gesa pemerintah labur dalam kemahiran, prasarana moden dan sistem hak milik intelektual

Teknologi baharu kini berkembang dengan sangat pesat, berbanding sebelum ini.
Anggaran Waktu Membaca:
WIPO gesa pemerintah labur dalam kemahiran, prasarana moden dan sistem hak milik intelektual
Gambaran dalam pusat data. (Gambar: Pusat Bagi Teknologi Kuantum)
Diterbitkan : 17 Feb 2026 08:49PM Dikemas Kini : 17 Feb 2026 08:51PM
SINGAPURA: Teknologi baharu kini berkembang dengan sangat pesat, berbanding sebelum ini.

Namun, sama ada ia mendorong pertumbuhan jangka panjang atau tidak, bergantung kepada langkah yang diambil negara masing-masing untuk mendakapi teknologi itu.

Dalam laporan terbaharunya, Pertubuhan Hak Milik Intelektual Sedunia (WIPO) menggesa pelbagai pemerintah supaya melabur dalam kemahiran, prasarana moden dan sistem hak milik intelektual.

Ini agar dapat terus ikut bersaing sedang inovasi berkembang merentasi sempadan pada kadar yang sangat pantas.

Laporan WIPO itu menyorot hakikat bahawa walaupun inovasi dahulunya
mengambil masa selama beberapa dekad untuk berkembang, ia kini boleh sampai kepada pengguna di merata dunia dalam beberapa hari sahaja.

Jurang penggunaan antara negara juga semakin mengecil.

Sesetengah ekonomi Asia kini menggunakan alat digital tertentu secara intensif.

Idea baharu juga merentas sempadan dengan lebih pantas, iaitu dua kali lebih cepat berbanding 50 tahun lalu.

Kebanyakan inovasi bagaimanapun, masih diterajui sebilangan negara maju.

Ketua Pakar Ekonomi WIPO, Carsten Fink berkata: "Pengetahuan teknologi berkembang dengan pantas berbanding sebelum ini, tetapi ia kekal tertumpu di sebahagian dunia.

"Malah teknologi sendiri berkembang dengan lebih meluas berbanding pengetahuan dasar yang diperlukan untuk menciptanya."

Agensi PBB itu menyatakan sejauh mana teknologi berkembang bergantung kepada empat faktor.

Pertama, jenis teknologi itu sendiri.

Kedua, kos dan kelajuan pengaliran maklumat.

Ketiga, keupayaan negara untuk menyerap teknologi baharu menerusi pendidikan, kemahiran serta penyelidikan dan pengembangan (R&D).

Terakhir ialah kekuatan dasar awam dan sistem hak milik intelektual.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita