Skip to main content

Singapura

Wildlife Reserves Singapore sedang cari 'intern panda'

Adakah anda penggemar haiwan yang mahir dalam bidang digital dan suka bercerita? Anda juga teringin sangat untuk berada bersama anak jantan Kai Kai dan Jia Jia yang comel selama enam bulan penuh?

Anggaran Waktu Membaca:
Wildlife Reserves Singapore sedang cari 'intern panda'

Kai Kai dan Jia Jia bergambar bersama pada 6 September. (Gambar: Wildlife Reserves Singapore)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 09:40PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 09:44PM

SINGAPURA: Adakah anda penggemar haiwan yang mahir dalam bidang digital dan suka bercerita? Anda juga teringin sangat untuk berada bersama anak jantan Kai Kai dan Jia Jia yang comel selama enam bulan penuh?

Jika jawapan anda adalah ya, ayuh jadi "intern panda".

Wildlife Reserves Singapore (WRS) sedang mencari pelatih pertama bagi anak pasangan beruang panda Kai Kai dan Jia Jia itu, dan jawatan itu memang rasmi wujud.

Tawaran kerja itu dibuka pada Isnin (20 Sep).

"Dengan anak beruang panda kami yang dilahirkan oleh Kai Kai dan Jia Jia, kami tawarkan satu kesempatan yang jarang berlaku untuk mendapatkan Intern Panda pertama kami!" menurut catatan WRS di LinkedIn.

Program latihan amali dalam bidang pemasaran itu akan berjalan selama enam bulan dan individu yang bertuah tersebut akan dapat "memulakan beberapa program pemasaran yang akan meningkatkan minat masyarakat terhadap hidupan liar.

"Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pemuliharaan dan kemampanan menerusi kisah-kisah yang menyentuh perasaan, media digital, dan cara bercerita yang kreatif dan baru".

Tidak jelas berapa lama 'Intern Panda' itu akan meluangkan masa bersama keluarga besar beruang panda Singapura itu.

Bagaimanapun yang pasti, individu itu akan "bekerja rapat dengan pasukan pemasaran dan penjagaan haiwan kami" dan mendapat "akses kepada maklumat dan rakaman di sebalik tabir."

Apa pun, bukankah jawatan 'Intern Panda' di resume anda akan elihatan menarik? Butiran lanjut di sini https://wrs.applyourjobs.com/

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita