WhatsApp lancar khidmat pembayaran bagi perniagaan di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: WhatsApp
SINGAPURA: Pengguna WhatsApp di Singapura boleh membuat pembayaran kepada beberapa perniagaan tempatan melalui ciri sembang yang baru, mulai Selasa (9 Mei).
Ciri pembayaran tersebut, akan membolehkan pelanggan dan perniagaan untuk membeli dan menjual secara langsung di WhatsApp, dan ditawarkan kepada beberapa perniagaan yang berpangkalan di Singapura, menurut WhatsApp dalam satu kenyataan media.
Tambahnya, ciri tersebut akan "ditawarkan kepada lebih banyak perniagaan dalam beberapa bulan akan datang".
Menurut laman web WhatsApp pilihan pembayaran tersebut sudah ada di Brazil dan India.
Ia dilancarkan di Brazil pada Jun 2020, iaitu pertama kali platform pembayaran yang digunakan di Facebook disertakan dalam WhatsApp. Platform pesanan tersebut berada di bawah naungan syarikat Meta.
Pilihan membenarkan pembayaran melalui WhatsApp di Singapura disediakan kepada perniagaan tempatan yang menggunakan Platform Perniagaan WhatsApp.
Perniagaan tempatan seperti butik gaya hidup Tye Tye, kedai pastri Bakerz13 dan penjual daging berasaskan tumbuhan Love Handle sudah turut serta dalam insiatif tersebut.
Perniagaan tempatan lain yang berminat untuk menawarkan ciri tersebut kepada pelanggan mereka boleh bekerjasama dengan penyedia huraian perniagaan WhatsApp, menurut kenyataan media tersebut.
Platform tersebut disokong oleh penyedia khidmat pembayaran Stripe, dan akan membolehkan penduduk Singapura yang mempunyai nombor WhatsApp berdaftar tempatan untuk membayar menggunakan kad kredit Visa, MasterCard dan American Express, kad debit atau PayNow.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, WhatsApp menyatakan pelanggan yang telah membuat pembayaran, akan menerima mesej pengesahan yang menyatakan "Terima kasih atas pembayaran anda". Mereka juga boleh memeriksa status transaksi mereka menerusi halaman "butiran pesanan" di aplikasi tersebut.
Tiada had dikenakan dalam jumlah pembayaran bagi satu-satu transaksi. Malah, WhatsApp menambah bahawa ia tidak mengenakan sebarang yuran.
Khidmat pesanan tersebut menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan rakan kongsi pembayaran yang dipercayai untuk melindungi pengguna dengan rakan kongsinya dikehendaki mematuhi piawaian keselamatan data industri kad pembayaran.
Rakan kongsi juga harus menyediakan piawai pengesanan penipuan dan menyokong amalan keselamatan standard industri untuk melindungi data kad.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.