WhatsApp alami gangguan: Sebahagian pengguna sudah boleh akses aplikasi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Yuri Kadobnov/AFP)
SINGAPURA: Sebahagian pengguna menyatakan mereka sudah dapat kembali mengakses WhatsApp, setelah aplikasi itu dilaporkan mengalami gangguan di merata dunia.
Sekitar pukul 3.00 petang waktu Singapura, kebanyakan pengguna mengatakan mereka tidak dapat menghantar atau menerima sebarang mesej, menurut laman Downdetector, yang menyaksikan begitu banyak aduan dibuat.
Sekitar pukul 3.50 petang, laman itu menunjukkan lebih 68,000 pengguna melaporkan masalah dengan aplikasi tersebut di Britain. Isu sama juga dilaporkan oleh 19,000 orang di Singapura dan 15,000 orang di Afrika Selatan, menurut laman Downdetector lagi.
Seorang jurucakap syarikat induk WhatsApp, Meta, berkata: "Kami sedia maklum bahawa sebilangan orang sedang berdepan masalah untuk menghantar mesej dan kami sedang berusaha untuk memulihkan WhatsApp bagi semua orang secepat mungkin."
Sekitar pukul 5.00 petang, aplikasi tersebut didapati kembali berfungsi seperti biasa, dengan jumlah aduan di laman Downdetector semakin berkurangan.
Laman Downdetector berupaya mengesan gangguan dengan mengumpulkan laporan status daripada beberapa sumber termasuk ralat yang diserahkan pengguna ke platform itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.