Skip to main content

Singapura

Westgate & Mustafa Centre antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Tiga pusat beli-belah, iaitu Westgate, Lucky Plaza dan Mustafa Centre, adalah antara lebih 10 tempat yang dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Westgate & Mustafa Centre antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 28 May 2021 08:33AM Dikemas Kini : 28 May 2021 08:41AM

SINGAPURA: Tiga pusat beli-belah, iaitu Westgate, Lucky Plaza dan Mustafa Centre, adalah antara lebih 10 tempat yang dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kini mengenai keadaan koronavirus di Singapura pada Khamis malam (27 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa sebilangan individu yang berjangkit telah mengunjungi tempat-tempat berikut pada waktu-waktu yang dinyatakan dalam carta berikut:

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

MOH menyatakan bahawa pihaknya sudahpun memaklumkan mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi-lokasi tersebut pada waktu yang tertera harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka," tambahnya.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair), serta demam dan kehilangan deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut."

Orang ramai boleh mengakses khidmat Pemeriksaan Kendiri Pemadanan Lokasi SafeEntry melalui aplikasi TraceTogether, aplikasi SingPass, atau di https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi-lokasi tersebut pada waktu-waktu yang dinyatakan itu, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, nasihat MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mendampingi pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk memberi panduan mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 pada Khamis. Ini termasuk 15 jangkitan tempatan, dengan tiga daripadanya tanpa hubung kait dengan kes-kes yang dikesan sebelum ini.

Daripada 15 kes tempatan, satu kes dikesan di dormitori pekerja hijrahan manakala bakinya adalah kes-kes dalam masyarakat.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita