Watak popular Pokémon akan ditampilkan di Stesen MRT Orchard hingga 30 Nov
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mothership
SINGAPURA: Dari hari ini (5 Nov) hingga 30 November, lantai dan tembok Stesen MRT Orchard akan ditampal dengan watak-watak daripada permainan video terkini Pokemon - Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet.
Dari tiang-tiang hingga ke gantri-gantri MRT dan juga pintu masuk ION Orchard, orang ramai akan dapat melihat watak-watak popular seperti Pikachu dan juga watak-watak Pokemon dari Generasi kesembilan seperti Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly.
Menurut catatan Facebook Pokemon Singapore, reka bentuk yang kreatif itu bermatlamat untuk merangsang minat terhadap pelancaran permainan video terkini Nintendo Switch, 'Pokemon Scarlet & Pokemon Violet'.
Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly adalah antara watak-watak Pokemon yang akan ditampilkan dalam permainan video itu.
Watak-watak legenda lain seperti Koraidon dan Miraidon juga akan ditampilkan.
Permainan video itu dijangka akan dilancarkan di seluruh dunia dalam masa dua minggu pada 18 November.

Sumber : Sumber Web/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.