Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waspada! jangan terpedaya dakwaan kredit SkillsFuture boleh tamat tempoh

Pernahkah seseorang mengetuk pintu rumah anda dan meminta anda mengikuti kursus-kursus SkillsFuture kerana kredit anda akan tamat tempoh?

Anggaran Waktu Membaca:
Waspada! jangan terpedaya dakwaan kredit SkillsFuture boleh tamat tempoh

Petikan gambar dari laman SkillsFuture Singapore.

Diterbitkan : 08 Feb 2018 08:31PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 08:33PM

SINGAPURA: Pernahkah seseorang mengetuk pintu rumah anda dan meminta anda mengikuti kursus-kursus SkillsFuture kerana kredit anda akan tamat tempoh?

Jangan terpedaya kerana maklumat itu palsu dan ia melanggar garis panduan yang dikeluarkan untuk para penyedia latihan, menurut SkillsFuture Singapore (SSG) dalam satu notis hari ini (8 Feb).

SSG, yang mentadbir skim SkillsFuture, menyatakan pihaknya menerima aduan bahawa terdapat beberapa individu yang mengunjungi rumah ke rumah dan meminta penduduk supaya mengikuti kursus-kursus.

Mereka juga diberitahu bahawa kredit Skillsfuture mereka akan tamat tempoh dan tidak layak menerima tokokan, jika tidak mengikuti kursus.

Semua rakyat Singapura yang berusia 25 tahun ke atas menerima kredit $500 daripada Pemerintah untuk mengikuti pelbagai kursus yang diluluskan oleh para penyedia latihan. Ini adalah sebahagian daripada gerakan nasional untuk menggalak pembelajaran sepanjang hayat.

SSG menekankan bahawa kredit SkillsFuture tiada tarikh luput.

Ia juga menekankan bahawa penyedia-penyedia latihan tidak dibenarkan menggunakan "teknik pemasaran mengelirukan" atau "gimik" seperti cabutan bertuah dan barangan percuma untuk mempromosikan program mereka.

"SSG memandang serius terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang melanggar garis panduan dan syarat-syarat penggunaan kredit SkillsFuture dan kami sudahpun mengeluarkan amaran serta surat-surat penggantungan kepara para penyedia latihan yang menyalahi garis panduan tersebut," menurut SSG.

Pada bulan lalu, seorang penjaja dilaporkan terpedaya sehingga menggunakan kredit SkillsFuture beliau untuk membeli sebuah tablet.

Beliau dihampiri empat "wakil penjualan" di kedai kopi tempat beliau bekerja dan diberitahu bahawa beliau mesti menggunakan kredit SkillsFuture itu sebelum ia tamat tempoh.

Anak lelaki penjaja itu memberitahu Mediacorp wakil penjualan itu juga membantu bapanya mengakses akaun SingPass beliau dan kredit sebanyak S$450 dipotong daripada akaun tersebut. Mereka kemudian membuat aduan polis.

Menurut SSG orang ramai boleh membuat aduan tentang amalan-amalan mencurigakan di laman maklum balas SSG.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan