Skip to main content

Singapura

Waspada bahaya pokok mudah tumbang di hutan Clementi, Dover - SLA, NParks

Mereka yang melakukan kunjungan ke kawasan hutan seperti di Clementi dan Ulu Pandan harus berhati-hati dengan bahaya seperti pokok yang mudah tumbang, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) pada Rabu (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Waspada bahaya pokok mudah tumbang di hutan Clementi, Dover - SLA, NParks

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 24 Feb 2021 09:53PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 09:59PM

SINGAPURA: Mereka yang melakukan kunjungan ke kawasan hutan seperti di Clementi dan Ulu Pandan harus berhati-hati dengan bahaya seperti pokok yang mudah tumbang, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) pada Rabu (24 Feb).

Laporan berita mengenai kawasan-kawasan hutan sedemikian akhir-akhir ini menarik perhatian ramai, menurut kedua-dua agensi dalam satu kenyataan media bersama.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa kawasan itu tidak diuruskan bagi kegunaan riadah dan akses kepada orang awam. Permukaan dan tanahnya tidak rata, dan laluan tidak disediakan.

"Kawasan itu juga mempunyai tumbuhan yang ditanam semula dengan pokok semaian semula seperti Albizia, yang mudah tumbang dan dahan-dahan patah. Kami menasihati orang awam agar berwaspada pada bahaya ini demi keselamatan peribadi mereka," tambah SLA dan NParks.

Kawasan Ulu Pandan merupakan tapak Hutan Dover seluas 33 hektar yang ditetapkan bagi pembangunanperumahan.

Estet itu adalah salah satu kawasan di mana Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merancang untuk menawarkan 17,000 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) pada tahun ini.

Satu kajian dasar sekitaran bagi Hutan Dover pada 2017 yang dijalankan HDB mendapati bahawa hutan itu mempunyai sekurang-kurangnya 158 spesis haiwan - termasuk haiwan-haiwan yang hampir pupus dan 120 spesis tumbuhan.

Satu sesi rundingan awam mengenai masa depan hutan itu sedang dijalankan.

Hutan Clementi pula yang dipaparkan dalam rakaman video dron menjadi tular pada Oktober lalu. Tapak seluas 85 hektar itu terletak di bahagian utara Hutan Dover.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita