Skip to main content

Singapura

'Waroeng Anak Indo' hidang makanan jalanan asli Medan, Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Memperkenalkan masakan asli Medan di Singapura.

Itulah yang dilakukan pemilik 'Waroeng Anak Indo' Encik Syah Ramadhan Aumar Khalif Nasution yang berasal dari Medan, Indonesia.

Restoran yang terletak di Haji Lane yang dibuka sekitar tiga bulan lalu memperkenalkan makanan jalanan Indonesia.

Ia juga bagi menghormati impian arwah ibunya untuk mempopularkan hidangan Indonesia.

Related article image
“Perkataan ‘Waroeng’ ini, orang akan terfikir kalau terdapatnya warung maknanya ia santai, seperti mereka berada di kampung halaman mereka. Mereka ada di tepi jalan di mana mereka boleh santai tanpa memikirkan apa-apa,” kata pengurus Waroeng Anak Indo, Encik Haziq Halim.

Para pelanggan dapat menjamu selera dalam ruang 'ala' warung di Medan.

Ada perabot vintaj, lukisan dinding dan juga muzik Indonesia.

Restoran itu antara lain menjual mi bakso, nasi goreng, nasi ayam geprek dan bakwan yang disediakan mengikut cara masakan orang Medan.
Related article image

Menurut Encik Haziq, pemilik restoran dan ahli keluarga sering memastikan mutu dan keaslian hidangan yang disediakan dijaga.

Encik Haziq pula yang mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan, memastikan kepuasan pelanggan diberi keutamaan.

“Waroeng Anak Indo menjual hidangan makanan jalanan Indonesia. Jikalau saya sebagai pengurus tidak memberikan layanan yang terbaik walaupun sesaat kepada pelanggan ia akan mencerminkan imej Waroeng Anak Indo.” ujar Encik Haziq kepada wartawan Fatyn Abdul Samad.

MAKLUM BALAS PELANGGAN WAROENG ANAK INDO

Tambahnya, perniagaan baharu itu menerima maklum balas yang bercampur-campur termasuk yang berkaitan harga.

"Menyentuh bab harga di Waroeng Anak Indo, ia juga mencerminkan kualiti yang kami berikan. Kami bukan sekadar meletakkan harga atas kesukaan untuk mendapatkan keuntungan. Kami letakan harga ini atas faktor-faktor yang tertentu.” ujar Encik Haziq.

Beliau juga kongsi bahawa Waroeng Anak Indo mahu menarik pelanggan yang serupa dengan satu lagi kafe milik Encik Syah Ramadhan Rumi the Poet’s Cup yang terletak dalam barisan kedai yang sama.

Rumi the Poet’s Cup popular dalam kalangan golongan belia yang berkumpul untuk menikmati minuman dan pencuci mulut.

Related article image
“Ia adalah maklum balas yang meningkatkan. Ia tidak pernah berikan kita satu perasaan yang kita rasa sudah gagal. Jika tidak ada maklum balas yang meningkatkan bermakna kita sudah, orang kata, terleka.” kongsi Encik Haziq.

Encik Haziq berharap para pelanggan akan terus menikmati suasana Waroeng yang santai.

“Kami bukan sahaja ingin pelanggan itu buat satu hari, tapi kami ingin dapatkan pelanggan itu untuk kembal, kembali dan kembali,” kata Encik Haziq.

Anda boleh ikuti banyak lagi kisah menarik tentang pengurus ‘Waroeng Anak Indo’ dalam siri "Buat Apa Tu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.
Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita