Skip to main content

Singapura

Warisan Pulau Ubin dilestarikan melalui perjumpaan Hari Raya

Anggaran Waktu Membaca:
Warisan Pulau Ubin dilestarikan melalui perjumpaan Hari Raya

(Gambar: Nor Syazwan Abdul Majid)

Diterbitkan : 13 Apr 2026 05:05PM
SINGAPURA: Buat pertama kalinya, sebuah majlis perjumpaan Hari Raya buat bekas penduduk Pulau Ubin diadakan di tanah besar Singapura.

Sebelum ini, ia lazimnya diadakan di Pulau Ubin.

Majlis yang berlangsung di Changi Civil Service Club pada Ahad (12 Apr) itu menghimpunkan 400 bekas penduduk Pulau Ubin dan keluarga mereka.

Menurut pihak penganjur, Ambin Ubin, majlis itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara bekas penduduk kampung dan menjalinkan hubungan yang mungkin sudah lama terputus.

"Untuk generasi muda, mereka boleh mengenali dan mencintai adat budaya serta warisan nenek moyang mereka, supaya mereka dapat menjadi pelapis yang bangga untuk menjadi keturunan Orang Pulau Ubin," kata Pengasas Ambin Ubin, Nor Syazwan Abdul Majid.
Related article image
Golongan dewasa menyertai peraduan mengikat samping dan tudung. (Gambar: Instagram/Ambin Ubin)
Pelbagai aktiviti dijalankan untuk setiap generasi. Ini termasuk peraduan menganyam ketupat, mengikat samping dan tudung.
Related article image
Kanak-kanak mencuba permainan tradisional seperti congkak dan batu serembat. (Gambar: Instagram/Ambin Ubin)
Generasi muda diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.
Related article image
Bekas penduduk Pulau Ubin mengimbas kembali kenangan melalui aktiviti pemetaan. (Gambar: Instagram/Ambin Ubin)
Bekas penduduk Pulau Ubin juga mengambil bahagian dalam aktiviti pemetaan, di mana mereka berkongsi kenangan kawasan-kawasan tumpuan masyarakat Melayu di sana.
 
Related article image
Keluarga Muhamad Fadzly Zainal (paling kanan). (Gambar:Nor Syazwan Abdul Majid)

Bagi seorang bekas penduduk, Muhamad Fadzly Zainal, acara tersebut penting untuk mengekalkan warisan penduduk Pulau Ubin.

"Setelah lama meninggalkan Pulau Ubin dan berhijrah ke Pulau Besar, ramai antara generasi-generasi muda tidak mengetahui tentang orang ataupun sejarah datuk atau ibu bapa mereka di sana," katanya.

Perkara tersebut turut diluahkan seorang lagi bekas penduduk pulau itu, Maizon Ismail.

Related article image
Maizon Ismail (Paling kanan, berdiri). (Gambar:Nor Syazwan Abdul Majid)

Cik Maizon, 76 tahun, berharap generasi muda dapat mengekalkan kisah bersama dengan masyarakat.

"Ia mengukuhkan identiti, kesinambungan dan kebanggaan budaya supaya warisan tidak hilang ditelan zaman," jelasnya.

Ambin Ubin yang diterajui Encik Syazwan, 29 tahun menganjurkan pelbagai aktiviti untuk melestarikan warisan Pulau Ubin.

Ini termasuk bengkel warisan, ceramah dan bengkel.

Beliau berharap usaha-usaha tersebut akan memelihara adat, budaya dan warisan Pulau Ubin untuk generasi akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita