Skip to main content

Singapura

Warisan dan budaya Melayu akan terus disemarakkan di Wisma Geylang Serai: Dr Maliki

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman berkata, pelbagai kegiatan akan diadakan di Wisma Geylang Serai secara berterusan untuk memastikan ia kekal sebagai pusat kebudayaan dan sosial yang bertenaga di masa akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Warisan dan budaya Melayu akan terus disemarakkan di Wisma Geylang Serai: Dr Maliki

Dr Mohd Maliki Osman.

Diterbitkan : 26 Jan 2019 11:55PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 12:05AM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman berkata, pelbagai kegiatan akan diadakan di Wisma Geylang Serai secara berterusan untuk memastikan ia kekal sebagai pusat kebudayaan dan sosial yang bertenaga di masa akan datang.

Beliau berkata demikian di luar acara perasmian WGS oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (26 Jan). Dr Maliki yang ditugaskan menerajui projek itu melahirkan harapan, warisan dan budaya Melayu akan terus dilestarikan di situ dan berkongsi rancangan selanjutnya menjayakan hab bersepadu warisan budaya dan sosial tersebut.

"Saya rasa apa yang harus dilakukan selepas ini ialah memastikan degupan jantung Wisma Geylang Serai berdenyut kuat. Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan yang menonjolkan warisan dan budaya masyarakat kita terus diadakan di Wisma Geylang Serai. Dengan itu kita akan terus memastikan bahawa program-program utama seperti Bulan Bahasa, Gentararasa akan terus diadakan.

"Kita menggalakan lagi rakan-rakan baru dan kumpulan-kumpulan seni yang ingin menonjolkan seni mereka untuk bekerjasama dengan Wisma Geylang Serai." menurut Dr Maliki.

Beliau yang juga merupakan Datuk Bandar CDC Tenggara menekankan betapa pentingnya masyarakat Melayu memanfaatkan khidmat-khidmat kemasyarakatan yang disediakan di bangunan itu.

"Terdapat pelbagai pertubuhan Melayu/Islam yang menyediakan khidmat sosial. Yang penting adalah untuk masyarakat kita memahami apakah khidmat-khidmat yang sedia ada dan boleh datang ke sini untuk memanfaatkan khidmat-khidmat sedemikian," tambah Dr Maliki.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita