Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga tua dijel, dilarang memandu setelah langgar lelaki dan anaknya yang tunggang e-skuter

Seorang lelaki warga emas gagal memberi laluan kepada seorang lelaki dan anak perempuannya yang menunggang e-skuter semasa menyeberang jalan di Yio Chu Kang awal tahun ini. Akibat pelanggaran tersebut, lelaki tersebut cedera parah.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga tua dijel, dilarang memandu setelah langgar lelaki dan anaknya yang tunggang e-skuter

Gambar fail. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 Dec 2019 05:42PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 05:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga emas gagal memberi laluan kepada seorang lelaki dan anak perempuannya yang menunggang e-skuter semasa menyeberang jalan di Yio Chu Kang awal tahun ini. Akibat pelanggaran tersebut, lelaki tersebut cedera parah.

Atas kesalahan membahayakan nyawa orang lain, Neo Hock Bin, 74 tahun pada Rabu (11 Dis) dijatuhi hukuman penjara selama lima hari dan dilarang memandu selama 18 bulan.

Mahkamah dberitahu bahawa Neo sedang memandu di Gerald Drive pada sekitar pukul 9.00 malam, 27 Mei lalu apabila dia berhenti di persimpangan lampu isyarat merah.

Apabila lampu bertukar warna hijau, Neo membelok ke kanan dari Gerald Drive ke Yio Chu Kang.

Keretanya melanggar Encik Sharma Sanjeev Kumar, 40 tahun yang sedang menunggang e-skuter bersama anak perempuannya yang berusia lapan tahun di lintasan pejalan kaki.

Budak perempuan yang membonceng e-skuter itu mengalami luka ringan di bahagian bahunya dan dibawa ke Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak (KKH)
manakala ayahnya yang cedera parah dibawa ke Hospital Besar Sengkang.

Encik Sharma kemudian dipindahkan ke sebuah lagi hospital dan dibenarkan pulang seminggu setelah kemalangan itu, dan diberikan cuti sakit lebih sebulan.

Beliau masih berasa sakit di kaki dan punggungnya jika berjalan jauh dan perlu menggunakan tongkat. Beliau perlu menjalani satu lagi pembedahan.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan akibat perbuatan cuai, Neo boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahum, didenda maksimum S$5,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan