Warga SG terkait bidaan beli Newcastle United dipenjara 15 tahun 9 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Today
SINGAPURA: Seorang pengarah Voneva Global Healthcare Group (NGHG) pada Jumaat (16 Ogos) dijatuhi hukuman penjara 15 tahun sembilan bulan.
Nelson Loh Ne-Loon didapati bersalah atas sembilan tuduhan, empat kerana menipu, tiga atas kesalahan pengubahan wang haram dan dua untuk kesalahan pemalsuan. 60 tuduhan serupa dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Pada 2020, Loh dikhabarkan menjadi salah satu daripada tiga pelabur yang ingin membeli kelab Liga Perdana England (EPL) Newcastle United. Namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan.
Seorang bekas pekerja kumpulan penjagaan kesihatan itu yang bekerja rapat dengan Loh, Michael Wong Soon Yun, didapati bersalah atas lima tuduhan, termasuk menipu, dedah polis pada Jumaat.
Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam bulan.
Kedua-dua warga Singapura itu, yang kini berusia 45 tahun, meninggalkan negara ini pada awal September 2020. Mereka berangkat ke China menaiki penerbangan privet, seperti yang tertulis dalam dokumen mahkamah.
Tidak lama selepas mereka berlepas, polis menerima laporan bahawa tanda tangan syarikat perakaunan Ernst & Young dipalsukan di beberapa kenyataan kewangan NGHG.
Waran tangkap dan notis merah Interpol dikeluarkan ke atas kedua-dua lelaki, dan mereka ditahan di Shanghai pada November 2022.
Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa dua lelaki tersebut pulang pada Disember 2022 dengan kerjasama dan bantuan polis di China. Kedua-dua individu direman sejak mereka pulang.
Loh dan Wong memalsukan dan menghantar kenyataan kewangan yang diperiksa NGHG, Giron dan anak syarikat NGHG dikenali sebagai Novena Global Healthcare Pte Ltd antara Julai hingga November 2019.
Mereka kemudian menggunakan kenyataan tersebut untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah kira-kira S$68 juta, kata polis pada Jumaat.
Doumen mahkamah menunjukkan bahawa Loh dan Wong mendapatkan pinjaman daripada enam bank secara haram, termasuk Maybank, Standard Charterd Bank, DBS, UOB, Citibank dan HSBC.
"Sejumlah besar wang yang didapati daripada pinjaman itu kemudiannya dipindahkan kepada entiti tempatan atau luar negara," tambah polis.
Kira-kira AS$630,000 (S$830,000) digunakan untuk membiayai transaksi perdagangan Novena Global Healthcare Pte Ltd, yang memasukkan hasil pinjaman itu ke dalam rantaian bekalan syarikat tersebut.
Setiap pertuduhan kesalahan pemalsuan atau terlibat dalam konspirasi pemalsuan membawa hukuman penjara sehingga empat tahun, denda, atau kedua-duanya.
Kesalahan terlibat dalam konspirasi untuk menipu boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Mereka yang didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.